Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu...


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, syukur akhirnya dapat juga saya call mak untuk wish " selamat hari ibu, mak."
Sekali lagi luhuran kasih diunjur buat mak kerana dia adanya saya. Segala jasa dan pengorbanan mak takkan pernah saya lupa walau bila-bila.

Izinkan saya berbakti pada mak walau dalam apa jua dan bagaimana cara sekalipun. Mak adalah ibu terbaik yang pernah saya ada. Semoga Allah sentiasa cucuri dan lindungi mak dunia dan akhirat, amin. Impian saya mahu damai bersama ibu dan ayah serta keluarga di dunia mahupun alam kekal akhirat.(Ya Allah, perkenankanlah! Ya Rahim~ )

Sekali lagi saya ingin melirik sebuah lagu yang saya sangat suka nyanyi sorang diri dikala merindui ayah dan ibu kerana ini juga kuanggap doa :)

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku
Wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku
Wahai ayahku
Redhakan kan diriku

hulurkan salam untuk Rasul junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya 'Alim Ya Rahmanu Ya Rahim (2x)

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasihi ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku
Rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Chrorus:
Selamatkan mereka dari azab neraka
dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan taliMu
Amin Ya rabbal 'Alamin
Hubungkan mereka dengan taliMU
Amin ya Rabbal 'Alamin

#Chorus

Wahai Tuhan
Limpahkan hidayahMu untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

#Chorus

Wahai ibuku wahai ayahku
didiklah anak-anakmu
moga menjadi penyejuk di mata
penawar resah hatimu

ampunkan segala keterlanjuranku
halalkan makan minumku
doakan semoga aku selamat
dunia dan di akhirat

Semoga mak kekal tabah. Sayang mak, rindu mak~

Thursday, May 7, 2009

Terasa kehilangan...

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang~

-Malam-
Sedang pening dengan karenah scanner yang tak juga dapat untuk copy n save terfikir untuk tanya kawan. Alhamdulillah, Allah beri pilihan Kak Min. Borak dan tanya khabar, kak Min beritakan perihal Pn.Salmah. Terdetik, "ya Allah, teruk ke demamnya? semoga cepat baik."

-Pagi-
kak Min datang lambat.
(mesti ada sesuatu yang aku tak tahu ni).jangkaanku betul. Setelah kak Min bersua, Kak min khabarkan lagi; Kak Salmah sekarang di ICU. Ya Rahman, Engkau sayangkan dia sebab itu dia diuji begini. Sebak bila diberitakan perihal sakitnya.

-Petang-
Lebih kurang jam 2 petang, kami diberitahu kak Salmah selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah, syukur. Moga sentiasa dipelihara oleh Allah dalam apa jua ujian.
Tertumpah lagi air mata ini bila bercerita sendiri dengan kak Min.
Ya, kita betul-betul terasa akan ketiadaannya.kehilangan~
Hilangnya seorang sahabat dalam pasukan kerja yang sebelum ini sama-sama berganding usaha untuk menerajui kemajuan anak didik di Maahad yang baru saja mula bercambah ini.Hilangnya seorang ibu yang sentiasa menasihati bila berselisih pendapat walau sesama sendiri.

Semoga kak Salmah tabah hadapi ujian Allah ini. Begitu juga buat Azrol (anak) dan kalian sekeluarga.Allah takkan membebani sekalian hambaNya melainkan dengan kesanggupan hamba itu sendiri. InsyaAllah, pasti ada hikmah disebalik musibah ujian ini. Hargai waktu berharga kalian.
Sekian, Wassalam warahmatullah.

~kata pepatah; patah tumbuh hilang berganti namun tiada yang sama walaupun serupa ~

Wednesday, May 6, 2009

Jangan benci untuk tidak dibenci

Bismillahirrahmanirrahim.
salam sejahtera buat semua yang bersama.Dalam kehidupan kita semua pasti pernah membenci ataupun dibenci, kan?Tidak dapat dinafikan.Semua perlu merasa perasaan itu untuk tahu agar kehidupan ini tidak segalanya manis.Itulah salah satu hikmah kenapa Allah wujudkan kepelbagaian rasa dan suasana.Bukan untuk mencacamarba keamanan hidup tetapi untuk menjadikan asam itu manis yang kadangkala hakikat manis adalah tawar dan pahit.

Jika direnungkan sejenak, benci itu adalah subjektif dan sensitif bila ia sudah beraja dalam diri seseorang. Kenapa mesti begitu ? Ini kerana hanya Allah yang tahu hikmah dan natijah bagi segala suatu kejadian dalam kehidupan seseorang.

Kita manusia yang punya hati perlu sentiasa dalam didikan dan pengawasan iman, barulah rasa "benci" yang bertandang itu dapat dikikis dengan baik dan tidak mengganggu kesempurnaan ibadah.Ketahuilah bahawa semua manusia adalah bersaudara!

Namun begitu, benci itu juga perlu diraih oleh kesemua hati, bersesuaian dengan kehendak-Nya iaitu bencikan segala pekara yang dilaknat dan dimurkai Allah. Kemaksiatan yang kian bermaharajalela di sekeliling kita perlu dibenci dan sebetulnya dicari jalan keluar dari permasalahan untuk mengikisnya dari tapak kediaman manusia! Bagaimana ? Tepuk dada tanya iman. Sama-samalah kita belajar dan kaji demi kemashlatan semua.

Saya yakin setiap orang, masing-masing ada cara tersendiri dalam menangani kebencian yang bersarang di hati. Diharapkan ia tidak menjadi punca dalam suatu permusuhan kerana permusuhan yang perlu adalah hanya untuk kerana Allah SWT.

~ Jangan biasakan hati dengan membenci kerana dalam diam ia boleh memakan diri. Kenalilah siapa kawan, siapa lawan agar diri kamu terhindar dari hidup dalam kepalsuan ~