Sunday, November 25, 2007

HorMaTi AzaN

Bismillahir Rahmanir Rahim....

Assalamualaikum wbt...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratulmaut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

++Hormati Saudara Taburi Benih Cinta Kerana Allah++

Saturday, November 24, 2007

++ Hassan Al-Basri sahabat Harun Al-Rashid ++

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Assalamualaikum wbt...

Hari ni ana ada terbaca satu penulisan dari seorang kawan...ceritanya amat menarik perhatian ana untuk diamati kejernihan yang tersembunyi dalam kisah tersebut...lalu tanpa rasa gemuruh ana copy n paste ke blog ana ni utk dikongsi bersama teman-teman ana yang singgah di ruangan ini...insyaAllah...moga ada khairnya dan intipati kisah ini dapat kita jadikan tauladan dan pengajaran dalam menyusuri jalan kehidupan yg lebih sempurna..insyaAllah.

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."


============ ========= ========= =========


Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.


Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?

Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.

Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut. Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana.

Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2.

Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.

Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.

Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah.

Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.

Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ?

Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini.

Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.

Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.

Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar.
Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.

Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.

Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.

Sekian.

Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid

Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya.

Salam,

Harun,

Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ?

Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?"

Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.

Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.

Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?

Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!!

Sekian.

Hassan Al Basri

Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.

Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.

Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.

Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?

Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat
murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.

Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri.

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.

Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan.

Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.


Friday, November 16, 2007

Erti Syukur




















Bismillahir rahmanir rahim....
Assalamualaikum wbt...

pejam celik sedar² dah sebulan ana kembali berada di morocco dan mula belajar sesi baru di sem 5 ni.dalam waktu tempoh itu juga macam² perkara yg berlaku dan telah berlaku yg tidak mustahil akan berlaku lagi..demam muroqobah bahangnya kian terasa.syahdunya bila hari jumaat dtg lagi,kembali bertemu..sambil berjalan pulang dari jamiah dalam jam 12.30 tgh hari,sambil itulah roda saraf otak berpusing,memerah utk berfikir dan sejurus itu terkenang saat mula² datang dulu sehinggalah ke saat ini dalam tempoh 2 tahun merantau.pelbagai rasa keluar dari segenap cabang saraf...pening,resah dan bimbang serta takut..berkecamuk dalam satu noktah rasa.

Morocco....hmmm,satu tempat yg xpernah ku sangka dapat menjejakkan kaki ke sini.
Sambil meneruskan langkah usang meninggalkan jamiah pelbagai ragam dapat dilihat....dgn ragam siswa-siswinya,kanak² sekolah rendah dan menengah serta x ketinggalan juga para bapa yg kebanyakkannya ulang alik dgn tugasan masing-masing.di jalanan,sibuknya memanjang....tak lekang dek hujan dan tak surut dek panas...daiman~~
langkah semangat diatur longlai sambil melihat mak cik-mak cik,pak cik-pak cik di tepian jalan.rata-rata mereka dgn kalimah "Allah yarham walidik!".terfikir lagi...bagaimana hidup diorang ya?apa taraf mereka sebenarnya..?tapi itulah hakikat,hidup mereka.terlalu ramai yg kais pagi makan tengahari kais petang makan malam.tersentuh,sayu.....
sejurus itu ana mengukir kalimah syukur dgn rezeki yg telah Allah kurniakan sehingga ke hari dan tahap ini...Alhamdulillah.tatkala itu juga,hanya sepotong doa yg dpt dihadiahkan buat mereka.Allah lah sebaik² tempat untuk mereka mengadu mahupun berlindung...moga ada rahmatNya utk mereka...amin ya rabb.

Morocco...satu tempat yg unik untuk ditafsir dan dikaji taraf hidup mereka.walaupun terkenal dgn satu negara yang luas dan blh dikatakan kaya,tp kaki mereka masih bergetah untuk berlari kencang mengejar arus kemodenan dunia hari ini.mungkinkah kerana itu tradisi mereka atau tiada punca utama?adakah kerana kurangnya usaha atau sikapnya yg bagaimana??hanya mereka yg mengenali morocco secara dekat sahaja dpt mengupas jawapannya(selain warganegara-itupun yg betul² mengenali dimana tanah air mereka).

Dalam pada itulah,dirasakan diri kurang bersyukur dgn kurniaan Tuhan..ya Allah,tamaknya hamba ini dgn rahmat rezekiMu.padahal masih ramai mereka yg hidupnya lebih dhaif..lebih teraniaya dek kerakusan saudara sendiri,dek persekitaran sekeliling...
lantas tangan dhaif mencapai bingkisan mufradatul Quran mashaf tajwid...dibelek ² mencari dalil...mata kecil terhenti merenung cebisan surah Ibrahim...merenung direnung termenung seketika......sepotong ayat dari kebanyakan kalimah AgungNya terpaku dihati ana;

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,'Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu),maka pasti azab Ku amat pedih....'"
terjemahan -Ibrahim : ayat 7-

Ya Allah....jauhnya hati ana...Astaghfirullah wa Alhamdulillah.....lantas kalimah syukur dilantun dari bibir kehambaan.
moga hari² mendatang hadir dengan lebih tenang dan bermakna tatkala masa terisi tinta amal..insyaAllah...selamat belajar semua...moga lebih tekun dan bertambah ilmu didada,bukan di kertas semata-mata.
sekian,wassalam warahmatullah...

Sunday, November 4, 2007

Bersua lagi....

Bismillahirrahmanirrahim
wassalam alaikum........

lama betul tak update blog ni.sedar tak sedar dah 3 bulan lbh tinggalkan dia kesunyian tanpa tinta pena.
ya,kali ni ana dapat kembali bersua dgn sahabat² seperjuangan di rantau benua afrika ini.so segala kenangan² dan apa² jua yg ditangguk selama bercuti di tanah air perlu disendeng ke tepi buat seketika.

Datang lepas raya,mestilah kuliah dah lama mula.byk jugalah yg tertinggal tp insyaAllah,moga Allah izinkan dan diberi kesempatan utk cover balik apa yg sudah diajar oleh lecture.amin ya rabb....cuak juga,lagi tiga empat hari dah nak mula muroqobah mustamiroh.insyaAllah,antum doakan yg terbaik untuk ana dan sahabat² dlm medan pertempuran ini ya...syukran bizzaff alaikum..

Awal² datang pula terus sibuk sambut adik² baru.walaupun penat tapi disebabkan gembira dgn kehadiran diorang semua maka penat dibayar ceria.Alhamdulillah,walaupun masih belum selesai sepenuhnya tapi segalanya berjalan dgn baik dibawah payungan keizinan dan rahmahNya.

Ana ada jumpa satu hadis,itupun dari seorang kwn...tertarik juga dgn hadisnya::

Daripada Athiyyah bin 'Urwah as-Sa'di as-Shababi r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Seseorang hamba itu belum sampai kepada tingkat kalangan orang-orang yang bertaqwa, sehingga dia meninggalkan sesuatu yang tidak ada larangan kerana takut kalau-kalau dalam hal itu ada sesuatu larangan (iaitu hal-hal yang syubhat)."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Bila diteliti betul²,baru kita akan faham apa sebenarnya perkara yg dilarang itu kan.banyak contoh² yg boleh kita ambil dan jadikan ikhtibar untuk panduan hidup kita seharian.samada syubhat dalam jual beli,penggunaan hak org lain dan harta anak² yatim dan byk lagi.bila dinilai dgn dunia hari ini,memang bersepah peluang yang boleh membawa kita terjerumus dgn perkara² syubhat.ana tak nak ulas contoh perkara² syubhat ini panjang² sbb kebanyakkan sahabat² diluar sana mmg sedia maklum dah kan.
dan diharapkan pada sahabat² yg tahu serba banyak pasal hadis ni,jika ada salah silap dgn teks hadis yg ana kemukakan ini sudilah kiranya diberi tunjuk ajar dan diperbetulkan kesilapannya.terima kasih....
sekian,wassalam....

****tiada yang lebih indah dalam hidup selain mengasingkan diri bersama Tuhanmu,percayalah temanku~khas utk yg ku gelar sahabat~****