Friday, December 21, 2007

salam aidiladha



Bismillahir rahmanir rahim.....
Assalamualaikum wbt.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT....

jom kita hayati sejarah pensyariatan aidiladha ke atas kita umat islam...

pengorbanan seorang ayah..
kasih seorang ibu..
merela perintah dilaksana
berjiwa kehambaan menerima perintah
bergelut redha
membaja sabar
menyemai cinta pada Rabbi

dialah ibrahim
itulah siti hajar
demikianlah ismail
kecintaan pada Allah melebihi segala yg dimiliki

Allah maha berkuasa
disebalik kisah pengorbanan
segalanya tersimpul hikmah
langsung mereka tidak menyangka
segala yg diperintah hanya untuk menduga
menambah iman mensyukuri hikmah milikNya..

AIDILADHA....dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."

Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu 'syariat' seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing) ." (Surah Al Maidah, ayat 48)

Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37)

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.

Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.

Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.

Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27)

Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah swt...
Moga kalamNya sentiasa terubun di kepala kita sbg pengajaran dan iktibar...
sekian,wassalam warahmatullah...

Saturday, December 8, 2007

Hadith untuk berMusafir~



Rasul SAW bersabda :
Janganlah sekali-kali seorang lelaki menyendiri bersama seorang wanita, kecuali muhrimnya.
Janganlah perempuan itu bermusafir kecuali bersama muhrimnya.
Lalu bertanya seorang lelaki :
Sesungguhnya isteriku bermusafir mengerjakan haji, sedangkan aku berperang sana sini.
Rasulullah SAW menjawab :
Temanilah dah berhajilah kamu bersama isterimu.
(HR - Bukhari & Muslim )

Monday, December 3, 2007

--Pergi Tak Kembali--

Bismillihir Rahmanir Rahim.....

Assalamualaikum wbt....

Sesungguhnya yang datang pasti kan pergi...
begitulah lumrah kehidupan....
sebagai hamba,kita takkan dapat menangguh atau percepatkan waktu walau sesaat..
salam Al-Fatihah buat Achik(mak sedara) yang telah kembali ke rahmatullah...
walaupun kita tak sempat bersua di benua dunia namun di akhirat sana pasti kita akan ditemukan...insyaAllah,semoga kita dapat bersua dalam situasi yang harmoni dan diredhai Allah...amin ya rabb sallimna ya Allah..!!

Achik telah mencuri air jernih milikNya selepas pemergian nenda tercinta ke rahmatullah bertahun lama sudah..setelah sekian lama mengekangnya dari dihiba...
mungkin sedikit terkilan kerana pulang bercuti selama 3 bulan pun tak juga sempat melawat Achik...maaf ya Chik.hanya kalungan doa yang dapat Ateh hadiahkan buat Chik.semoga kembalinya Achik ke rahmatullah diterima Allah dgn selamat dan dicucuri keredhaan keampunan...amin..
inilah salah satu hakikat yg perlu disertakan hati yg redha bila berjauhan di perantauan...Achik org ke-4 yang meninggalkan ateh tanpa ada disisi selepas Pak Teh,Pak Ngah dan Kak Mah...moga kalian disatukan disana utk kekal bersama selamanya...sungguh,yang pergi pastinya takkan kembali lagi...redha Adalah sebaik² penerimaan.

Bagi kita yang masih disatukan nyawa senafas berjasad...hargailah masa kita sebelum terlambat...sebelum malaikat menjemput ke daerah sana...
sepertimana Firman Allah Subhanallah Taala dalam kalam karimNya,surah al-ankabut ayat 57...

كل نفس ذآئقة الموت ثم إلينا ترجعون

Atau juga boleh kita renung ayat Allah dari surah Ali Imran ayat 185...yang bermaksud:

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati,Dan hanya di hari khiamat sahajalah diberikan yang sempurna balasanmu.Barang siapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh,dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya"....








Semoga kita mendapat syafaat dari Rasulullah S.A.W dan meraih Cinta Allah sementara hidup masih bersisa..insyaAllah..
sekian,wassalam....

~Ingat Lima Perkara sebelum datangnya Lima Perkara~


Sunday, December 2, 2007

Renungan...

AiDilAdha...(o_o)

Bismillahir rahmanir rahim.....
Assalamualaikum wbt.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT....

jom kita hayati sejarah pensyariatan aidiladha ke atas kita umat islam...

pengorbanan seorang ayah..
kasih seorang ibu..
merela perintah dilaksana
berjiwa kehambaan menerima perintah
bergelut redha
membaja sabar
menyemai cinta pada Rabbi

itulah ibrahim
dialah sarah
demikianlah ismail
kecintaan pada Allah melebihi segala yg dimiliki

Allah maha berkuasa
disebalik kisah pengorbanan
segalanya tersimpul hikmah
langsung mereka tidak menyangka
segala yg diperintah hanya untuk menduga
menambah iman mengukuri hikmah milikNya..

Saturday, December 1, 2007

Nihai pertama.....

Bismillahir rahmanir rahim...
Assalamualaikum warahmatullah....

Hmmm...
Hari ni,hari pertama dalam bulan disember yg merupakan bulan last pada tahun 2007 (1/12/2007).dan pastinya hari ini takkan berulang kembali.saya baru je balik dari jamiah...tau tak kenapa saya balik awal Hari ni?sbbnya hari ni ada nihai(final exam) dan ust pulak ikut laiehah(senarai nama)...so mmg tak dpt elak la..mmg kami(saya dan kawan² semalaysia seramai 7 orang-6P 1L) antara yg terawal kerana nama bermula dgn B! iaitu Bin au binti.....
Semalaman tidur tak cukup kerana masa dikorbankan utk study jadi sengaja nak keluar pergi jamiah lambat skit dari jam 8 pagi(waktu exam bermula)...bila kawan sms bgthu syafawi ikut laiehah;so kami pergilah walaupun terlambat stgh jam gitu...bila masuk je mudarraj dan buka nota skit hanya untuk panaskan suhu otak,tiba² nama maliziyyin berkumandang dgn harumnya..kami terbahagi kpd dua kumpulan dan saya termasuk dalam kumpulan kedua...

Maka berjalanlah kami ke hadapan menuju meja ustaz dgn bergaya dan anggun..."Assalamualaikum wbt ya ust...waalaikumussalam wbt-salam saya bersambut..."
manisnya muka kami berempat(kumpulan kedua) dgn ukiran senyuman melebar;tp dalam hati masing² Allah saja yg tahu..berdebar!!salah satu sbbnya fiqh hadis syarif,ilmu khorij hadith wa manahij hadith(satu wehdah dgn ust jai yg comel ni)adalah nihai pertama kami pada sem 5 ni.
eh,terpanjang pulak cerita saya nih,dah penat ke baca?oklah jgn tidur dulu ya,saya pendekkan cerita saya...
so ustaz yg comel lagi baik hati tadi pun tanya la kat saya mula² sbb nama saya yg pertama dalam kumpulan kedua ni..bila dah ustaz tanya soalan tu,saya diam je..bukan taknak jawab tapi takut utk jawab...ishh,ada pulak takut kan...soalannya hanya perlu jawab naam au la' fakad!wa limazha hakazha...?saya pun dgn serba tak salah memilih utk menjawab "laa"...yakin aje dgn jawapan tu)...lianna.....
Jawapan beralih kepada sahabat saya yg kedua disebelah....lianna....sahabat ketiga dan keempat dgn misalnya....hakazha²...lepas tu ustaz pesan study baik² bittaufiq untuk kami...syukran jazeelan ya ustaz!!insyaAllah,najah...

Punyalah saya dan sahabat² bertukus-lumus pulun polikop yg asal berkaitan hadis je saya photocopy dan cuba habiskan pembacaan dan pemahaman,balik² satu soalan je yg perlu kami sediakan bagi soalan ustaz.dan saya,hanya berdiri dgn satu jawapan "laa'..."harap-harap jawapan itu teguh berdiri dgn sendiri utk membantu nukad saya dalam wehdah ni.Alhamdulillah,sakit kepala saya tak sia-sia...insyaAllah...moga usaha saya dan sahabat² seperjuangan diterima Allah dgn sebaik² ganjaran...amin ya rabbi sallimna.

Dikesempatan ini suka juga untuk saya kongsi ilmu yang menarik utk dikongsi bersama...slide show dibawah adalah salah satu bab yg perlu kami pelajari dan kaji utk wehdah fiqh hadith wamanahijuhu..iaitu bab jual beli yg dilarang dalam islam...moga bermanfaat untuk sahabat pembaca sekalian terutama pada saya dan sahabat² seperjuangan di universiti di semester 5 skrg...bittaufiq wannajah alaik..

Sunday, November 25, 2007

HorMaTi AzaN

Bismillahir Rahmanir Rahim....

Assalamualaikum wbt...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratulmaut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

++Hormati Saudara Taburi Benih Cinta Kerana Allah++

Saturday, November 24, 2007

++ Hassan Al-Basri sahabat Harun Al-Rashid ++

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Assalamualaikum wbt...

Hari ni ana ada terbaca satu penulisan dari seorang kawan...ceritanya amat menarik perhatian ana untuk diamati kejernihan yang tersembunyi dalam kisah tersebut...lalu tanpa rasa gemuruh ana copy n paste ke blog ana ni utk dikongsi bersama teman-teman ana yang singgah di ruangan ini...insyaAllah...moga ada khairnya dan intipati kisah ini dapat kita jadikan tauladan dan pengajaran dalam menyusuri jalan kehidupan yg lebih sempurna..insyaAllah.

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."


============ ========= ========= =========


Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.


Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?

Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.

Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?

Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.

Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut. Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.

Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.

Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana.

Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri

Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2.

Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan.

Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.

Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.

Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.

Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah.

Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.

Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ?

Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini.

Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.

Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.

Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar.
Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.

Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.

Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.

Sekian.

Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid

Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.

Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya.

Salam,

Harun,

Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ?

Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?"

Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.

Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.

Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?

Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!!

Sekian.

Hassan Al Basri

Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.

Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.

Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.

Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.

Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.

Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?

Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat
murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.

Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri.

Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?

Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri, aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.

Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan.

Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.


Friday, November 16, 2007

Erti Syukur




















Bismillahir rahmanir rahim....
Assalamualaikum wbt...

pejam celik sedar² dah sebulan ana kembali berada di morocco dan mula belajar sesi baru di sem 5 ni.dalam waktu tempoh itu juga macam² perkara yg berlaku dan telah berlaku yg tidak mustahil akan berlaku lagi..demam muroqobah bahangnya kian terasa.syahdunya bila hari jumaat dtg lagi,kembali bertemu..sambil berjalan pulang dari jamiah dalam jam 12.30 tgh hari,sambil itulah roda saraf otak berpusing,memerah utk berfikir dan sejurus itu terkenang saat mula² datang dulu sehinggalah ke saat ini dalam tempoh 2 tahun merantau.pelbagai rasa keluar dari segenap cabang saraf...pening,resah dan bimbang serta takut..berkecamuk dalam satu noktah rasa.

Morocco....hmmm,satu tempat yg xpernah ku sangka dapat menjejakkan kaki ke sini.
Sambil meneruskan langkah usang meninggalkan jamiah pelbagai ragam dapat dilihat....dgn ragam siswa-siswinya,kanak² sekolah rendah dan menengah serta x ketinggalan juga para bapa yg kebanyakkannya ulang alik dgn tugasan masing-masing.di jalanan,sibuknya memanjang....tak lekang dek hujan dan tak surut dek panas...daiman~~
langkah semangat diatur longlai sambil melihat mak cik-mak cik,pak cik-pak cik di tepian jalan.rata-rata mereka dgn kalimah "Allah yarham walidik!".terfikir lagi...bagaimana hidup diorang ya?apa taraf mereka sebenarnya..?tapi itulah hakikat,hidup mereka.terlalu ramai yg kais pagi makan tengahari kais petang makan malam.tersentuh,sayu.....
sejurus itu ana mengukir kalimah syukur dgn rezeki yg telah Allah kurniakan sehingga ke hari dan tahap ini...Alhamdulillah.tatkala itu juga,hanya sepotong doa yg dpt dihadiahkan buat mereka.Allah lah sebaik² tempat untuk mereka mengadu mahupun berlindung...moga ada rahmatNya utk mereka...amin ya rabb.

Morocco...satu tempat yg unik untuk ditafsir dan dikaji taraf hidup mereka.walaupun terkenal dgn satu negara yang luas dan blh dikatakan kaya,tp kaki mereka masih bergetah untuk berlari kencang mengejar arus kemodenan dunia hari ini.mungkinkah kerana itu tradisi mereka atau tiada punca utama?adakah kerana kurangnya usaha atau sikapnya yg bagaimana??hanya mereka yg mengenali morocco secara dekat sahaja dpt mengupas jawapannya(selain warganegara-itupun yg betul² mengenali dimana tanah air mereka).

Dalam pada itulah,dirasakan diri kurang bersyukur dgn kurniaan Tuhan..ya Allah,tamaknya hamba ini dgn rahmat rezekiMu.padahal masih ramai mereka yg hidupnya lebih dhaif..lebih teraniaya dek kerakusan saudara sendiri,dek persekitaran sekeliling...
lantas tangan dhaif mencapai bingkisan mufradatul Quran mashaf tajwid...dibelek ² mencari dalil...mata kecil terhenti merenung cebisan surah Ibrahim...merenung direnung termenung seketika......sepotong ayat dari kebanyakan kalimah AgungNya terpaku dihati ana;

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,'Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu),maka pasti azab Ku amat pedih....'"
terjemahan -Ibrahim : ayat 7-

Ya Allah....jauhnya hati ana...Astaghfirullah wa Alhamdulillah.....lantas kalimah syukur dilantun dari bibir kehambaan.
moga hari² mendatang hadir dengan lebih tenang dan bermakna tatkala masa terisi tinta amal..insyaAllah...selamat belajar semua...moga lebih tekun dan bertambah ilmu didada,bukan di kertas semata-mata.
sekian,wassalam warahmatullah...

Sunday, November 4, 2007

Bersua lagi....

Bismillahirrahmanirrahim
wassalam alaikum........

lama betul tak update blog ni.sedar tak sedar dah 3 bulan lbh tinggalkan dia kesunyian tanpa tinta pena.
ya,kali ni ana dapat kembali bersua dgn sahabat² seperjuangan di rantau benua afrika ini.so segala kenangan² dan apa² jua yg ditangguk selama bercuti di tanah air perlu disendeng ke tepi buat seketika.

Datang lepas raya,mestilah kuliah dah lama mula.byk jugalah yg tertinggal tp insyaAllah,moga Allah izinkan dan diberi kesempatan utk cover balik apa yg sudah diajar oleh lecture.amin ya rabb....cuak juga,lagi tiga empat hari dah nak mula muroqobah mustamiroh.insyaAllah,antum doakan yg terbaik untuk ana dan sahabat² dlm medan pertempuran ini ya...syukran bizzaff alaikum..

Awal² datang pula terus sibuk sambut adik² baru.walaupun penat tapi disebabkan gembira dgn kehadiran diorang semua maka penat dibayar ceria.Alhamdulillah,walaupun masih belum selesai sepenuhnya tapi segalanya berjalan dgn baik dibawah payungan keizinan dan rahmahNya.

Ana ada jumpa satu hadis,itupun dari seorang kwn...tertarik juga dgn hadisnya::

Daripada Athiyyah bin 'Urwah as-Sa'di as-Shababi r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Seseorang hamba itu belum sampai kepada tingkat kalangan orang-orang yang bertaqwa, sehingga dia meninggalkan sesuatu yang tidak ada larangan kerana takut kalau-kalau dalam hal itu ada sesuatu larangan (iaitu hal-hal yang syubhat)."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Bila diteliti betul²,baru kita akan faham apa sebenarnya perkara yg dilarang itu kan.banyak contoh² yg boleh kita ambil dan jadikan ikhtibar untuk panduan hidup kita seharian.samada syubhat dalam jual beli,penggunaan hak org lain dan harta anak² yatim dan byk lagi.bila dinilai dgn dunia hari ini,memang bersepah peluang yang boleh membawa kita terjerumus dgn perkara² syubhat.ana tak nak ulas contoh perkara² syubhat ini panjang² sbb kebanyakkan sahabat² diluar sana mmg sedia maklum dah kan.
dan diharapkan pada sahabat² yg tahu serba banyak pasal hadis ni,jika ada salah silap dgn teks hadis yg ana kemukakan ini sudilah kiranya diberi tunjuk ajar dan diperbetulkan kesilapannya.terima kasih....
sekian,wassalam....

****tiada yang lebih indah dalam hidup selain mengasingkan diri bersama Tuhanmu,percayalah temanku~khas utk yg ku gelar sahabat~****

Sunday, July 22, 2007

Sehari Sebelum Pulang berCUTI

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wbt....

sehari sebelum pulang bercuti....hmm....berdebar² rasa hati nak balik bercuti ke mesia.Alhamdulillah,Allah izinkan saya pulang menemui ayah dan ibu..
segala persiapan nak balik disiapkan awal² lagi.bukan apa takut tak sempat or tertinggal pape ke kan.

byk buah tgn ku beli untuk sanak saudara di mesia.walau penat tetap kugagahi demi mereka.rasa gembira dan syukur melimpah diruang hati kecil.
jika tidak kerana ayah...mesti dah kena raya kat bumi perantauan lagi..
ayah,tunggu ya...

kepada sabahat² yang tidak berkesempatan untuk pulang jgn sedih² kerana rezeki Allah ada pada bila² masa,dan Allah tahu bila waktunya kita perlu diberi peluang.insyaAllah....jumpa lagi nanti.

salam perjuangan yang masih belum selesai buat antum,ad3un kullu bikhair lijihadi fisabilillah.
maassalamah wailalliqo'...

Friday, July 20, 2007

Seorang Pengemis Buta



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt...

Buat renungan bersama

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .

Setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.


Setelah wafatnya Rasulullah SAW,secara praktisnya tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku,
adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

* Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
"Apakah Itu?", tanya Abu bakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana ", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil enghardik, "Siapakah kamu ?".
Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan
perkataannya.

Abu bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?

Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, begitu mulianya dia kekasih Allah.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.


wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW?Atau adakah setidaknya niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak,sebaik-baik contoh utk dijadikan teladan.

Kalaupun tidak boleh kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.kerana kita tiada yg mustahil dgn pertolongan dan pertunjuk dari Allah.di mana ada kemahuan disitu ada jalan.

Lagikan Pengemis yang buta itu pun mengetahui orang yang biasa mendatanginya selalu, tidakkan sama dari yang biasa.inikan pula kita yg cukup sempurna dgn sifat² yg dianugerahkan olehNya...

Apabila kamu mencintai Rasulullahmu. ..
maka pastinya tiada sebarang alasan utk kau berakhlak dgn akhlak Baginda walaupun persamaannya hanya setitis cuma.

~Jangan Jadi Seperti Kacang Lupakan Kulit kerana Tanpa Kulit Siapalah Isi~


Monday, July 16, 2007

DiMana NiLai CinTamu....




++BiLa CinTaNya BerSaMa RASULULLAH++
**Kalam Allah menjadi pertunjuknya
bicara katanya penuh hikmah
satu persatu syariat Allah dihurai
untuk rantaian iman umat manusia
agar tenggelamlah kebatilan
bertaburan percikan sinar
dialah Rasulullah
dialah kekasih ciptaan Allah**

Hanya dengan ''zikrullah''
hatimu bisa menjadi tenang
berlalu kali diparit air
gelombang cinta kian bertaut
menyulam rasa pada pencipta
cinta KalamNya menjadi impian

tatkala cintaNya kian bertaburan
putik kasih ditapuk iman
harapan disemai menguntum damai
lestarikan cinta....
hanya untuk yang ESA...
Dialah Rabbul yang maha memberi


Sunday, July 8, 2007

Fadhilat Buat Insan Yang Bergelar Isteri...













Bismilahir rahmanir rahim....

Assalamualaikum wbt...

Kebanyakkan wanita pastinya pernah mengimpikan untuk menjadi suri dihati para lelaki yang bergelar suami.tidak terkecuali seorang pun dari hal ini kerana pokoknya kita tahu kebahagiaan hidup berkuncikan pada sebuah rumahtangga.dan sebaik² perhiasan adalah isteri yang mampu menjadi suri teladan pada anak² mahupun seisi keluarga.bijak mengatur aktivit untuk keluarga dan menjaga kehormatan serta keharmonia masjid yang dibina antara dua hati.

Banyak fadhilat yang tersedia buat kaum isteri yang sentiasa rela dan sedia berkorban untuk kebahagiaan keluarga tercinta.dari sebesar perkara hinggalah sekecil² perkara,Allah telah menetapkan ganjaran pahala buat mereka yang berkhidmat untuk suaminya.
antaranya ialah:

1)menyediakan/memberi segelas air ubtuk suami
>>fadhilatnya mendapat pahala sama dgn berpuasa sunat selama setahun.
2)mengenyangkan suami
>>fadhilatnya mendapat pahala haji dan umrah
3)perkhidmatan kepada suami
>>fadhilatnya pahala tidak putus-putus
4)mengandungkan benih zuriat suami
>>fadhilatnya mendapat pahala syahid
5)mandi junub bersama suami
>>sama seperti bersedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin
6)memandang suami dengan harmoni dan menghadiahkan senyuman padanya
>> fadhilat pahalanya seperti berzikir
7)sekiranya isteri meninggal dibawah keredhaan suaminya
>>dijanjikan syurga Allah taala buat si isteri
8)sekiranya suami mati meninggalkan anak kepada isteri dan anak itu dididik menjadi soleh/ah oleh isteri maka suami tidak putus² mendapat ganjaran pahala dari hasil didikan dan manfaat itu dan juga menjadi benteng dari siksaan api neraka,walaupun isteri berkahwin lain.

Begitu indah dan besarnya fadhilat ganjaran yg disediakn buat para isteri yang setia dan taat dgn amanahnya pada suami walaupun tugas itu teramat ringan dan mudah.adakah anda tidak mahu menjadi suri teladan dan tidak mahu mendapat fadhilat yg disediakan Allah pada hawa?hanya kita yang layak dan mampu mengubahnya.segalanya dalam gengaman anda wahai para isteri...
semoga kita adalah salah seorang dari para isteri bertuah yang dapat mengecapi fadhilat yang tersedia buat insan yg bergelar hawa.bagi yang sudah berpeluang iaitu sudah berkahwin mulakanlah meraihnya dari sekarang.bagi yang bakal atau masih belum ada rezeki mendapat peluang itu maka bersedialah dari awal dan sekarang!!

sekian,wassalam

Kata-kata Hikmah:
~Hanya diri kita yang tahu apa yang diri kita mahu dan hanya kita yang boleh mengatur langkah dalam mencapai cita-cita~

Sunday, July 1, 2007

Selamat Hari Lahir Buat Ayahku..

Bismillahir rahmanir rahim...
assalamualaikum wbt...

Munajat Doa dan kalimah syukur dipanjatkan buat pembuka pena.doa agar usaha saya dan sahabat² diluar sana dapat meneruskan usaha dalam mengejar cita² dalam perjuangan diri yg mana mempunyai hadaf dan jalan tersendiri....

sebelum terlupa suka saya ucapkan "selamat hari lahir yg ke-72 buat ayahanda tercinta...."anakanda sentiasa doakan kesejahteraan mahupun kebahagiaan ayahanda walau dimana jua berada.semoga ayah sentiasa dirahmati Allah dan didatangkan peluang selalu olehNya utk menunaikan ibadah dgn lbh sempurna yg dipayungi keredhaan Rabbul Salam..amin ya rabbi ya karim.

Sedar tak sedar pengalaman hidup ayah di muka bumi Allah ini sudah cukup 72 tahun pada hari ini..moga umur yg dikurniakan Allah pada ayah tidak sia-sia bahkan menjadi lebih bermakna dgn amal kepadaNya,insyaAllah.."Ya Allah,berikanlah daku kesempatan untuk membalas segala budi dan jasa ayah dan ibu...satukanlah hati² kami walau dalam apa jua situasi yang menguji keimanan kami..amin.

Buat sahabat² yang ayahnya masih setia bersama dimuka bumi ini,hargailah dan jagalah dia dgn sebaik²nya kerana walau dgn itu masih belum tentu kita dapat membalas segala jasa ayah dalam mendidik dan membesarkan kita sehingga menjadi insan yg berguna yang paling tidaknya pada agama.selalulah doakannya.carilah peluang utk sentiasa menemaninya dikala ini.kerana hanya anak² yang bertuah sahaja yang mendapat peluang itu dan akhirnya mengecapi kebahagiaan bersama ibu bapa tercinta...ingatlah,walau kemana jua kita bermusafir atas bumi Allah ini selagi itulah bayangan dan benih kasih ibu bapa terus kita dokongi kerana tiadalah kita tanpa mereka...
pesan saya buat kalian,hargailah mereka dan hargailah peluang yg dimiliki bila bersama mereka.berbuat baik dan bahagiakanlah ayah dan ibu sebelum terlambat.dan akhirnya janganlah sesekali menjadi anak yg derhaka kerana buruk akibatnya an dimurkai AllaH Taala..kembalikan senyuman mereka yang telah hilang pada suatu ketika dahulu dalam pahit jerih membesarkan kita berserta adik-beradik yang lain...

ilaliqo maassalamah..

Kata-Kata HikMah---:
**Sayangilah insan yang menyayangi kita kerana belum tentu sayang kita pada orang lain akan berbalas**