Monday, January 28, 2008

~Jawapan Bagi 3 persoalan~



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Ha hari ni kawan semua sihat tak?harap sentiasa hepi diratib rutin harian yg ceria!
Saya nak cerita pasal seorang pemuda yang megah bersoal jawab dengan seorang kawan yang baru saja dikenalinya di suatu petang,tika tu diorang sedang sembang-sembang selepas menunaikan solat asar berjemaah di sebuah masjid.

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kawan :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda semampu yang boleh,insyaAllah.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kawan :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya


2.Apakah yang dinamakan takdir


3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kawan tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kawan :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kawan :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kawan :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kawan :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kawan :Itulah jawaban untuk pertanyaan pertama...

kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kawan :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kawan : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kawan : Itulah yang dinamakan takdir.

Kawan :Tangan yang saya gunakan untuk menampar anda terbuat dari apa?

Pemuda : Kulit.

Kawan :Pipi anda terbuat dari apa?

Pemuda : Kulit.

Kawan : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kawan : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan....


p/s : Buat Renungan bersama..sedarilah dari mana wujudnya kita??



Friday, January 25, 2008

SeBiji Manggis


Bismillahir rahmanir rahim...
Assalamualaikum wbt..

saya ada satu cerita untuk dikongsi bersama kawan-kawan.nak tahu apa cerita dia?ok²,gini cite dia..

Pada hari ahad,Haji Seman didatangi tamu. Ala Bukan siapa pun. Hanya si Ah Seng. Anak Ah Kuan, tokey kedai runcit kat kampung tu,kampung Sireh. Memang dihari hujung minggu Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah seperti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.

Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.

"Dah lama sangat aku tengok kamu asyik bertanya pasal Islam ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawapan kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.

"Aku nak tanya pulak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.

"Eh... Takde la, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekaligus membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.

"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak tokey cina ini.

Tapi...

"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat orang asing teragak-agak menerima Islam.

"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitif.

"Cakap la. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.

"Saya bukan jer bertanya tentang Islam. Saya ada juga bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ada saya tanyakan jugak.
Tak tau la kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas hati dengan ugama yang diamalkan keluarga saya."

"Oh... Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni," tanya Haji Seman.

"Dimana kamu letakkan ugama Islam?"

"Ntah la, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya.
Saya takut saya tak kuat."

"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.

"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari keranjang.

"Kamu tengok manggis ni. Inilah buah manggis. Tidak ada lain buah yang dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalau kamu tengok. Kamu tenung lama- lama.
Ada aje yang kamu nak komen. Misalnya kulit dia tebal la. Warnanya tak konsisten la. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam la kamu boleh komen kalau kamu nak."

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.

"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.

"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."

"'Begitulah Islam'. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa taknya, Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti pulak solat zuhur. Dan seterusnya la."

"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu,kamu akan melihat keputihannya. Kesuciannya. Kemanisannya. "

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Selama ini dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.

Sungguh terkesan kiasan bahasa yang cuba dibawafahamkan oleh Pak Seman padanya...Ha,itulah namanya bahasa kiasan.indahnya islam jika kita betul-betul menghayati dan memahaminya...:)
Nasib baik Pak Seman pandai memberi contoh untuk si Ah Seng tu faham dengan agama Islam. Maka setelah itu si Ah Seng pun bertekad untuk memeluk Islam dan dengan berkat kesungguhan dan keikhlasannya,Allah permudahkan jalan untuk dia belajar dan memahami islam dengan lebih baik walaupun pada mula dia memeluk islam,dia mendapat tentangan hebat dari kaum keluarganya.

begitulah manisnya manggis bagi sesiapa yg penah dan suka memakannya...;)


Friday, January 11, 2008

**Haflah awal MuHaRaM**



Bismillahir rahmanir rahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ni cuaca taklah sejuk seperti kelmarin tapi tetap tak panas.kami pun bertambah ceria dgn hari yg cerah indah.Alhamdulillah..syukur.hari ini,1 muharam.masuklah sudah tahun baru hijrah yg ke 1429.
2 hari lepas kawan arab ajak raikan awal muharam dengan diorang.so hari ni kami pergi la,kali ini dapat peluang kenal rumah meriem pula.ALhamdulillah,sekali lagi kalimah syukur terungkap.nak sampai rumah meriam tu jauh juga,perlukan masa sejam lebih.kami semua berkumpul di mahattah hafilah hasan sbb janji dgn saadia jumpa dia kat situ jam 1 tgh hari.selalunya dia yg tunggu kami tapi hari ini kami pula yg tunggu dia.makin sesak bila ahli kami bertambah 4 org kakak dari ireland.tapi kami macam biasa la,selamba je kat tepi² jalan kat mahattoh tu.barulah tahu betapa penatnya menunggu ni kan.mungkin ini khifaroh,blh jadi.pengajarannya jgn buat org menunggu dan menanti² kita.

Sejam lbh juga nunggu,akhirnya sampailah saadia bersama iman,ghizlan,(lupa nama),dan seorang budak lelaki comel ilyas.lepas berlabas-labas semua kena jalan skit ke mahattoh depan utk ambil bas ke sale.dpt bas agak kecil,bila naik je kami terus bas yg awalnya kosong nampak mcm full.sendat dgn jelitawan maliziyen.nasib baik dpt duduk.lebih kurang 15 minit termenung merenung dalam bas,tetiba 'yAllah akhowat..'-saadia punya suara la tu,ajak turun tanda dah sampai.jalan sikit ke depan sampai la rumah meriem..Assalamualaikum,salam kemudiannya bersambut meriah...(nak tiru nyanyi tak pandai,nak buat cam diorg buat mcm tak real n sure tak nampak utk praktik kat dlm ni).direnjis air mawar dan diberi sebiji kurma juga secawan kecil halib.sukanya...

Sekali lagi kena berlabas-labas dgn kwn-kwn.tp takpe,ok je.lepas tu duduk borak-borak.kemudian dihidangkan kika,diikuti halwa dan pepsi.lepas solat maghrib makan pizza dan beghril bersama teh.hmm..dah agak,kwn-kwn mesti tertanya kenapa masih belum dihidangkan makanan 'berat'.akhirnya saya dgn paksa relanya meranapkan hati mereka,bgthu tak ada makanan berat kalau haflah waktu petang.camtulah adat budaya mereka..itu menurut fatimah la setelah saya tanya sebelum tu(nampak sgt tunggu nak makan,hehe).kecewa.sedih.nak makan.macam-macam kami rasa.semua bercampur baur.tak apa la,kenyang juga dgn hidangan tu cuma terkilan tak dpt makan makanan berat je.lepas je habis makan saya terus pergi cakap-cakap skit dgn kwn-kwn arab tadi then tlg susun n kemas-kemas skit.pastu minta diri nak balik sbb hari dah lewat.selain makan-makan n borak-borak kami ada satu acara khas dan menarik.tp itu hanya org-org beriman saja yg blh mengetahuinya..nak tahu juga?sila pm saya...;)
apapun pengalaman tetap ada.sedikit sebanyak dpt juga ilmu walau secalit cuma.Alhamdulillah.syukran ya ilahi kerana kurniakan kelapangan ini utk kami berkumpul bersama.

sampai je kat rumah terus kawan yg turn masak hari ni masak sbb kami memerlukan khidmatnya(utk makan lagi).sambil tunggu makanan siap,sempat isi masa dgn ilmiah yg saya rasa methodnya cukup kemas dan perlu dihayati dan dihargai.lebih-lebih lagi perlu direalisasi..!!
insyaAllah,moga Allah hidupkan semangat dalam diri ni.antaranya kami dpt sedut info kesihatan melalui kakak² bakal doktor dari ireland.bagaimana cara utk memancing idea dalam kehalusan islam,yakni berdakwah tak kira samada dgn ilmu mahupun tenaga kerja.hasil perbincangan yang santai akhirnya banyak pengisian yg saya dapat dan simpulkan,pahat kemas dihati.syukran kakak-kakak yg sudi berkongsi pandangan dan pengalaman bersama kami.moga khairnya dapat dikelek bersama dan semua.insyaAllah.
salam Maal Hijrah 1429 buat semua sauadara islam.moga kehadiran tahun baru membuka peluang dan menjadi wasilah kepada dasar perjuangan yg didokongi.bittaufiq wannajah utk semua.teruskan usaha.
-sekian-

p/s:entri diatas sengaja ditulis khasnya utk keluarga.

++Pengalaman mengajar erti kedewasaan++

Thursday, January 3, 2008

Permata Ayah Bonda..


Hari ni terasa nak post entri ni sebab hati rasa macam rindu sangat kat mak,kat ayah.
pastu terus cari lagu favorites sebabnya bila dgr lagu ni macam boleh pula pujuk hati untuk menahan rasa rindu pada mak dan ayah.teringat kata-kata mereka,hayati pesanan-pesanan mereka sebelum ni.
Ya Allah,agungnya tinta nasihat mereka..bila kesunyian baru terasa yg diri memerlukan,sentiasa dahagakannya..
Untuk mendidik diri dan hati menjurus ke jalan yg lebih diredhai Allah.
Untuk menghias diri dgn akhlak muslimah.
Menota sabar,menangguk cintanya Rasulullah.
Berusaha menjadi "Anak Solehah" buat ibu ayah.

Nasib baik ada dan jumpa.syukur Alhamdulillah.tajuk lagu tu 'permata ayah bonda'.suka sgt dgr lagu ni.blh dijadikan satu inspirasi bagi seorang anak.moga kekal hidup rasa dan kesedaran untuk menjadi anak yg solehah khas buat diri saya dan semua.
jangan lupa,salah satu ciri-ciri hamba yg disayangi dan mendapat keredhaan Allah adalah menjadi anak yg soleh dan solehah kepada ibubapa.
insyaAllah,jom kita pakat-pakat didik hati,pujuk diri ke arah yg lebih dicintaiNya..







Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa

Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai dimanja mesra
Kaulah racun kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda


Tuesday, January 1, 2008

Tahun baru masihi...

Bismillahir rahmanir rahim..

Assalamualaikum warahmarullah wabarakatuh..

Hari ni semua orang tak lekang mengucapkan "selamat tahun baru"...
hatta di negara arab sekalipun... ke hulu ke hilir ber'sanah saeedah'...
rasanya saya la,mereka tahu je tahun masihi adalah rentetan hari yg diagongkan oleh golongan yang bukan islam...tapi yang betul-betul menjadi persoalan di kotak fikiran saya adalah kenapa negara dan golongan yang mendakwa sebagai islam tapi masih terikut-ikut dgn budaya meraikan ulang tahun ini...?
Bertambah pelik jugalah pada saya bila tiba 1 muharam...suasana diawal bulan islam itu sepi.tiada apa selain diberikan cuti umum,itupun kepada mereka yg berkerja dan bukan semua(kalau x silap saya la)

Bila sampai 31 Disember,segenap pelusuk dunia yg ada manusia menantikan detik jam 12 malam.bagi mereka yg bukan islam usah dipedulikan mereka,apa yg mereka rasa dan sambutan mereka bagaimana rupa..sedang kita yg mendakwa diri sebagai islam perlu dititikberatkan kefahamannya.telah difatwakan oleh Sheikh- ul-Azhar , Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al- Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut tahun baru bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD . Nauzubillah. Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.Wallahualam.

Dikalangan pelajar ditempat saya belajar,pernah hangat pasal isu bida'ah yg sememangnya isu ini xkan lesap disapu zaman...dan terbahagi pula kepada bida'ah hasanah dan bida'ah saiyiah.
lagi saya bertambah buntu,adakah ini bida'ah?hasanahkah ia..?bagi pelajar-pelajar pengajian islam hatta di seluruh dunia pasti juga tahu hukumnya..bantulah saya untuk faham erti sebenar beramal dgn amalan bida'ah agar tidak terjerumus ke kancah kemungkaran dan terpesongnya akidah.
sama-sama berubah sama-sama bentengi rencah kemungkaran yg menghakis iman umat islam di era globalisasi ini...insyaAllah,sayakuna bikher biiznillah..Allahumma Amin Sallimna ya Allah.

~Cubit paha kanan paha kiri tak rasa apa-apa~