Thursday, July 31, 2008

Last Day In the House

Hampir 3 tahun bertapak di teratak indah yg kami namakan dengan Villa Salsabiela.Hari ni berangkut keluar,tutup rumah.rasa berbaur; sedih, sayu, gembira, penat.semua ada melekat dibenak hati.

Apapun Alhamdulillah, ini buktinya yang kehidupan kita bukan saja berpaksi disini.perjuangan masih jauh dan perlu digarispandukan dengan jajahan ilmu didada.
InsyaAllah.jom sahabat2, kita buktikan kebergunaan kita pada masyarakat yang sedang menanti mujahid/ah pembela ilmu dan agama-Nya.

Moga ini bukanlah yang terakhir~~
Amin ya Rabbal a3lamin.

Wednesday, July 30, 2008

Adakala,...

"Adakala kita perlu menangis agar kita sedar bahawa hidup bukan untuk berhibur dan ketawa"
 

Thursday, July 24, 2008

Judul Buku terBaru!

Judul-judul terbaru 2008 di GPH!

1) MENGGELEDAH NURANI



Judul: Menggeledah Nurani
Genre: Kumpulan puisi
Penulis: Fahd Razy
Halaman: 120 (tidak termasuk kata pengantar dan kulit)
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127- 0-8
Tahun: 2008
Harga: RM15

MENGGELEDAH NURANI merupakan kumpulan puisi persendirian pertama Fahd Razy yang menghimpunkan sejumlah 80 buah puisi yang ditulis antara 2001-2008. Naskhah ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Menggeledah Nurani dan Angin Sejarah. Menggeledah Nurani merakamkan puisi-puisi bernuansa Islam yang bersifat peribadi dan tercetus dari rasa kehambaan dan kekaguman kepada Pencipta manakala Angin Sejarah lebih sejagat sifatnya, merangkumi sejarah, ketamadunan, sosio-politik, serta isu-isu semasa. Naskhah ini turut menghimpunkan puisi-puisi yang telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, 2006, dan 2007, Hadiah Puisi Sains Karyanet 2004 dan 2005, Anugerah Penyair Alam Siber 2006, dan Sayembara Puisi Al-Fikrah MAIDAM-DBPWT 2007.-GPH-


2) BAHASA BUMI



Judul: Bahasa Bumi
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syazlin Sazali, Maisarah Shukri
Halaman: 190
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127- 2-2
Tahun: 2008
Harga: RM15

BAHASA BUMI merupakan naskhah pertama Grup Karyawan Luar Negara yang menghimpunkan sejumlah 50 orang penulis luar negara termasuk Zaid Akhtar, Muhaimin Sulam, Fahd Razy, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syafiq Zulakifli, Alirfan Jindullah, Lailati Mahat dan ramai lagi. Para penulis ini kesemuanya sedang menuntut di pelbagai institut pengajian di seluruh dunia termasuk Sudan, Maghribi, Mesir, Jordan, Jepun, India, Indonesia, Australia, Jerman, Republik Czech, United Kingdom, Ireland, dan Amerika Syarikat. Keseluruhan karya mempamerkan kepelbagaian tema dan teknik, merangkumi sejarah, politik, falsafh, tarbiyah dan dakwah, isu-isu semasa dan global, selain kemanusiaan dan kemasyarakatan. Usaha mengumpul 50 penulis luar negara ini akan dijadikan aktiviti tahunan penerbitan GKLN sebagai usaha menyemarakkan lagi kegiatan penulisan dari khalayak ini. Turut termuat 5 buah puisi yang telah memenangi Sayembara Puisi Islami Maghribi 2008 (SEMPURI) yang berlangsung pada awal tahun 2008.-GPH-


3. MENGEMIS DI KOTA LARANGAN



Judul: Mengemis di Kota Larangan
Genre: Antologi cerpen
Penyelenggara: Adibah Abdullah, Rebecca Ilham, Hafez Iftiqar
Halaman: 180
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127- 1-5
Tahun: 2008
Harga: RM15

MENGEMIS DI KOTA LARANGAN merupakan antologi susulan kepada Sayembara Cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008 yang berlangsung pada awal tahun ini. Menghimpunkan 15 buah cerpen, karya-karya yang termuat dipilih dari sekian banyak penyertaan yang diterima untuk sayembara tersebut, termasuklah 5 buah cerpen terbaik yang dipilih untuk menerima hadiah. Keseluruhan cerpen mengangkat suasana luar negara sesuai dengan pengalaman dan latar belakang penulisnya selain menyentuh pelbagai isu termasuklah sosiopolitik, perbezaan ideologi, sejarah tamadun, keamanan dan kemanusian, selain daripada kekeluargaan dan kasih sayang.-GPH-

Senarai cerpen: 1) Mengemis di Kota Larangan 2) Wahidah dan Secebis Tabah Khalilullah 3)Jihat ideologi Duka Andalus Lama 4) Usrah Terakhir di Penarek 5) Warkah Buat Rabiah 6) Inkarnasi Samuel di Nazareth 7) Wira 8) Mencerakinkan Kelabu 9) Impian Galsan Tschinag 10) Idealis 11) Kerna Cinta Zulaikha 12) Sayang Tak Terungkap 13) Manik-manik Berdebu 14) Sempadan Khaliq 15) Hadiah Dari Langit
Senarai penulis: Rebecca Ilham, Muhaimin Sulam, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Lailati Mahat, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Muhd Syukri Rosli, Emil Azhar, Rifhan Rasuli, Saiful Haq, Badriyah Ali, Noor Ayuni CZ


4) PAKEJ 2008



Dapatkan 1 set (3 judul buku) dengan harga RM42 termasuk pos.
- Menggeledah Nurani
- Mengemis di Kota Larangan
- Bahasa Bumi

Untuk sebarang tempahan, sila emelkan nama serta alamat berserta butiran tempahan (judul dan naskhah) kepada :
srikandi_islam86@yahoo.com.my

Sebarang kemusykilan bolehlah bertanya pada saya.

PERHATIAN: Kos pos RM1 bagi setiap naskhah buku(bagi pembeli pos sahaja).

Maklumat lanjut, sila ke
http://gklnpublishi nghouse.blogspot .com

~sesi iklan selesai~

Friday, July 18, 2008

iStiadat Konvokesyen Pertama


~memacu kejayaan~

Bismilillahirrahmanirrahim.

Assalamuaaikum warahmatullah.
Satu majlis yang dikira cukup bersejarah bagi mahasiswa iaitu hari konvokesyen setelah tamat sesi pengajian.kami semestinya berasa begitu gembira dengan keraian yang telah direncanakan untuk kami yang telah tamat pengajian pada sesi 2007/08 kali ini.

Alhamdulillah.Hari yang begitu bermakna.hanya diselubungi kegembiraan dan teramat syukur dengan kurniaan Allah.tiada yang lebih berharga dalam diari seorang pelajar selain dinoktah dengan kejayaan.begitu jugalah saya dan kawan-kawan yang telah tamat sesi pengajian peringkat ijazah di bumi Maghribi ini.Lebih mengembirakan hati kecil, bila asatizah turut hadir selain dari kawan-kawan arab.terima kasih sudi hadir.jasa kalian terbuku disanubari, segala amanat sentiasa dihati."akanku buktikan yang aku mampu berdiri sendiri!"InsyaAllah.

~Barisan Mahasiswa Mahasiswi~

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua dan ajk majlis graduasi khususnya diatas tukus lumus mereka bagi menjayakan hari graduasi kami.segala gerak kerja kalian hanya Allah yang boleh menilai dan menganugerahkan ganjaran yang setanding jasa yang dihulur.Jazakallahu khairan jazak.
sekian, wassalam.

Sunday, July 6, 2008

peLestarian Hari Diskusi~

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah,setelah berpenat lelah mengagih kerja dan pengurusannya dalam waktu yg terhad akhirnya selesai juga kami laksanakan program hari diskusi penulisan islami di maghribi.

walaupun bilangan peserta tidak mencapai piawai target kami tapi pengisiannya benar-benar memberi impak yang baik khususnya kepada peserta bengkel.tak kurang dari itu, majlis bertambah meriah dengan pengenalan ilmu dan diskusi bersama duta Malaysia ke Maghribi,TYT Othman bin Samin.lagilah kami rasa bertuah memiliki duta sebegini memahami lagi positive.sepanjang program berlangsung, beliau tidak lekang mengikuti perjalanan program.ada saja buah fikiran yang dilontarkan untuk memantapkan lagi pengisian selain dari ajk yg bertukus-lumus mengerah idea dan keringat untuk menjayakan program yang dilaksanakan.

Namun ada juga perkara yang tidak disangka terjadi dalam program kami ini membuatkan sedikit kecacatan tetapi tidaklah merosakkan mood untuk terus berdiskusi.dan perkara itu juga hanya orang-orang yang beriman saja yang mengetahui dan memahaminya(hehe).
terima kasih pada semua yang tak lekang memberi sokongan padu bagi menjayakan program hari diskusi penulisan islami anjuran gkln ini.jazakallahu khairan khathiran.
sekian, wassalam warahmatullah.

 

Thursday, July 3, 2008

Saya,Me n I

I'd rather be a sparrow than a snail.
Yes I would.
If I could,
I surely would.
I'd rather be a hammer than a nail.
Yes I would.
If I only could,
I surely would.


Away, I'd rather sail away
Like a swan that's here and gone
A man gets tied up to the ground
He gives the world
Its saddest sound,
Its saddest sound.

I'd rather be a forest than a street.
Yes I would.
If I could,
I surely would.

I'd rather feel the earth beneath my feet,
Yes I would.
If I only could,
I surely would.

InsyaAllah~~

Wednesday, July 2, 2008

Diskusi




Jom sertai~
sama-sama memartabatkan bahasa ibunda disamping mengembangkan segala idea yang anda miliki di arena penulisan!
salam mesra buat semua~~

Mohon Kasih

Bismillahirrahmanirrahim..
    
Ikuti kisah tauladan ini :

    Pada 20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya
comeltetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama
semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu.

     Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah.Tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

     Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

      Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.Saya bernikah lagi, dengan Kamal,seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat didikan Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan
dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yan mengaitkan saya kepadanya.Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya.Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu, saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"
"Nama saya Yusri, makcik."
"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"
Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.Ya,saya patut mati.. mati, mati!

      Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!
Petang itu saya membawa dan memberhentikan kereta Civic biru saya berhampiran sebuah pondok,membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya.
"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"
"Oh, Kamal, kau pasti akan membenci selepas aku menceritakan hal yang pernah ku lakukan dulu," saya terus menceritakan segalanya dengan isakan penyesalan.

     Ternyata Tuhan itu Agung,sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau?Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.Gelap sekali.Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!
Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. .. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.

       Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah,saya pun keluar dari ruangan itu.Air mata saya mengalir dengan deras.Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mula menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut.Ketika itu, saya terlihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya lagi terkejut apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.
"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"
Dengan memberanikan diri, saya bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal
dengan seorang anak yang bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"
Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!!
Tahukah kamu, 13 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya.Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah,namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu."

       Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri saja yang pergi, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."
Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagitahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan makin lemah.
"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang,Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini.Tubuhnya sangat kurus,dia sangat lemah. Hanya demi menunggumu dia rela bertahan dibelakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan lebat, dengan keadaannya yang lemah dia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!"
Saya kemudiannya pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.

       Semoga menjadi pelajaran kepada kita semua lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ibu,sebagai orang tua ataupun bagi yang bakal berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah.Cuba bersabar dan reda dengan segala ketentuanNya kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

Moral - Sayangilah orang di sekitar anda. kita tidak tahu siapa yang benar-benar menyayangi kita.sebelum minta disayangi terlebih dahulu kita perlu menyayangi~~

~suri seni kehidupan~
__._,_.___