Thursday, May 22, 2008

salam Takziah...


Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..

Seawal pagi lagi beep handset bergetar.msg adik Bila rupanya.tiada apa yang sangsi,bila adik Bila bertanyakan perihal number hp kawan sekapalnya walaupun hairan,(takkan senang dan tiba2 boleh berhubung).
Bingkas mengadap laptop.ada titipan msg di ym..Innalillahi wainnailaihiraji3un.

SALAM TAKZIAH buat adik SalWani diatas kepulangan ayahandanya tercinta ke rahmatullah.
la Tahzan..kuatkan hatimu dik.latakan hatimu dengan janji2 Allah yang datang pasti akan pergi.doakan kesejahteraan ayahanda tercinta disana ya.moga ditempatkan dikalangan hamba2 yang soleh dan beroleh syafaat KekasihNya Rasulullah saw.

yang pasti perjuangan tetap perlu diteruskan.bersabarlah dengan kesabaran yang jameel.pasti ada ganjarannya dari Allah Taala.insyaAllah,mudah2an.amin.
Bittaufiq maannajah utk nihaie yang bakal dihadapi~~

*sejenak ini baru berbuah fikiran kenapa adik Bila ber'sms' sedemikian(moga akan ada perbaikan =) )

*~~Manusia perlukan Dunia untuk mencapai cita-cita Akhirat~~

Friday, May 16, 2008

pinjaman oh YAKIN...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum warahamtullah..

Pinjaman oh YAKIN..sesungguhnya kau telah merobek hatiku.sedih,pilu ngilu,syahdu..gimana ku bisa pulang kok gini jadiknya deh!
fenin~~

Moga ada jalan terbaik buatku sekeluarga.DariNya kita datang PASti padaNya jua kita kembali..mak,ayah,kakak-kakak dan adik-adik;sabar ya.nantikan,sue pasti pulang untuk kalian.doakan kesejahteraan kita sekeluarga.walau apapun yang terjadi,muhasabahlah diri yang Allah tidak akan menguji hamba2Nya bersesuaian dengan kesanggupan hati-hati.pinta pertunjuk dari hidayah Allah~~insyaAllah,semuanya akan baik.amin.


~~HasbiAllahu Wanikmal wakil~~


Saturday, May 10, 2008

Selamat Hari Ibu..

Selamat Hari IBu Buat Mak..!

Terasa semacam nak nyanyi la pula;

Ibu,ibu..
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu.
(alamak,x igt lirik dah la..xpe la,ulang bait ni pun cukup untuk pujuk hati keanakan ini yang sedang merindui mak..(~_~) )

Alhamdulillah,sedikit terubat rasa di hati ni bila dapat lihat video kelahiran,walaupun itu bukanlah saya,tapi saya cuba bayangkan itu adalah saya..Subhanallah!





Tumpang tonton video di saat kelahiran mereka yg bertuah saja kerana saya langsung tiada kenangan di dada elektronik.saat ini,saya teringat akan satu peristiwa.suatu hari,saya dengan sedikit mencuka bertanya pada mak dan ayah,kenapa saya langsung tiada apa untuk dibuat kenangan dan tatapan untuk dan sehingga sekarang mahupun masa akan datang.mak dan ayah cakap,takpela.diorang ada sbb diorang mampu dan rezeki untuk mereka ada dengan itu.sedangkan kita,rezeki untuk kita juga ada,cuma bentuk penganugerahannya saja yang berbeza.jadi jangan pertingkaikan rezeki yang semuanya didatangkan oleh Allah utk sekalian hambaNya.semahunya kita perlu bersyukur kerana kita diberi satu nikmat yang cukup berharga,iaitu Nyawa.tanpa nyawa,semua kelahiran tiada makna dalam lakaran kehidupan.Astaghfirullah al a3zim..maaf mak,maaf ayah.saya takkan bertanya lagi selepas ini.Syukran ya Allah kerana aku masih diberi Nyawa.satu2nya hadiah yang paling berharga sebelum ianya ditampal dengan ilmu,iman dan amal yang segalanya milikMu.Alhamdulillah~~

sekali lagi,hati ini kian tersentuh bila mengenangkan bagaimana jerihnya mak melahirkanku.air jernih menata di pipi lesu seketika menatapi segala kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh insan mulia yg bergelar 'IBU'.sungguh,terlalu agung pengorbananmu ibu..





Terima kasih Mak.terima KASIH yang tidak terbalas atas kelahiranku yang kini telah pun mencapai umur dalam angka puluhan.segala jasa dan pengorbananmu mak nobatkan hanya untuk kami yang mak tatang bagai menatang minyak yang penuh.Segala azimat yang mak hulurkan buat kami adik-beradik hanya Allah yang mampu menilai dan membalasnya.jazakillahu kharan jazak..

Daku Terlalu MenyayangiMu Bonda~~Moga Allah sentiasa memberkati hidupmu sebagai seorang Isteri mahupun di kacamata anak-anak sebagai Ibu Mithali,amin ya Rabb~~
Hanya sekeping DOa yang mampu anakanda hulurkan buat bonda dikala ini..
**S@Lam Rindu y@ng terAm@t Sanga@t**


Tuesday, May 6, 2008

~Sendiri~


Bismillahirrahmanirrahim..

~Jumaat~

Alhamdulillah,lafaz syukur disalut dgn keizinanNya kerana memberi kesempatan buat diri untuk mengejar sebuah ketenangan.
Langkah diatur sebaik sahaja pulang dari tadrib selepas menunaikan solat asar.walau sedikit kelewatan dari waktu yg dijadualkan namun ia tidak membunuh semangatku untuk pergi sedikit jauh dari kamus harian.susah juga teksi kali ni,20 minit juga membebani jalanraya bouhlal lalu berjalan sedikit ke atas dari arah yg dituju.Alhamdulillah,ada juga rezeki,terima kasih pakcik.

Tiba di Mahattah Qitar,terpapar di skrin jadual perjalanan.hmm,sudah terlepas Qitar.terpaksa menunggu 1/2 jam lagi.bangku disapa.KalamNya menjadi Teman.ku buka KitabNya membelek helaian suratul kahfi.ku hayati kalamNya satu persatu bersertakan makna tersurat mahupun tersirat.Subhanallah,betapa Agungnya Pena Allah.Sungguh,ia benar-benar menusuk hatiku.terasa hangat di kanan kiri pipi.lantas itu ku lantunkan kalimah "hasbiAllahu waNikmal Wakil"..
sungguh,Allah sedikitpun tidak membiarkan hamba2Nya yang teraniaya.

Setibanya Qitar,laluan diluang kepada makcik2 pak cik,kesian juga mereka berpusu-pusu ramai.asal boleh masuk ke perut Qitar sudah la.
sepanjang di dalam Qitar,ku habiskan masa dgn melirik kalimah Allah.Maha suci Allah yang menciptakan segala duka mahupun bahagia.

Alhamdulillah,sampai juga akhirnya.tapi kena tunggu adik lagi.terima kasih E-nah n Bila=) walaupun ada sedikit xcident(hanya kami ber3 yg tahu)hehe..
wah,seronoknya dapat jumpa adik2 akak yg comel2.terubat rindu kat antunna.lepas je solat terus nak bukak cerita,macam2.tapi akak still no.1 kan.hehe.nasib baik penaja makan malam bersiap awal(mekasih ya jagung,hehe),so dapatlah kami terus makan selepas isyak dan sambung borak(borak je keje semalaman tu,sape suruh lama x jumpa kan)
udah3...sleep~~

~SabTu~

Nengnengnengneng...nengneng..ops,alarm!
Qiam...Qiam!dah berbau waktu subuh..Alhamdulillahil lazi ahyaya amatana wa ilaihi nusyur..
sejadah dihuni,Kalam agungNya dilirik menantikan berkumandangnya azan.Sementelah itu hutang bahas perlu dilangsaikan,terus menaip~

Manusia merancang tapi ternyata bahawasanya Allah adalah sebaik-baik perancang dan perancangan Allah adalah untuk kesenangan maklukNya.sambil menaip sambil mem'plan' sesuatu.sebaik saja hasrat dicucur pada sekalian akhowat,cadangan disambut baik dan aktiviti terus dirangka.ok,setuju!

Seusai solat asar,langkah diatur ke marjan untuk sempurnakan barang-barang yg diperlukan bersama dua orang adik comel akak,Ika n Ain.
"akak2,tgok sana tu.ada fun fair la kak!"
"wah,seronoknya.tapi kelihatan kanak-kanak je ramai.macamana kita nak masuk,segan la cmni."
"ala kak,jom la.kita masuk jer."
"yela2,jom kita masuk,tapi kena alert dengan masa.kita taak boleh lama2 tau!"
"baik akak!"jom~











Best juga,boleh tengok gelagat kanak-kanak yg pelbagai.hati meraung riang.Alhamdulillah.
paling best dapat join kanak-kanak main kereta dalam air,hehe.seronok~
ok la,dah abis pusing dan posing2,jom masuk marjan!

ada sejam lagi masa,cepat cari barang keperluan.lepas tu boleh balik cepat.jom~
habis ruang dalam marjan diteroka,puas hati.dah lama tak keluar camni.jom dik,kita ke kaunter bayaran.
tapi lepas keluar teksi pula yang x mudah untuk dapat.(rangka plan lagi!hehe) akhirnya dapat juga dengan izin Allah,Alhamdulillah.selamat tinggal wahai mereka yang marah2 dgn kami kerana senang dpt teksi sedangkan diorang sudah berlekang lama disitu.

-Solat-makan-rehat sambil layan cik jagung dan takku-
sedang ceria menanti fajar esok,satu perkara yang sememangnya membuatku cuak berlaku;ya Allah,ujian apakah pula kali ini.
Pening,langsung dah tak boleh buka mata.seperti dihempap gunung.saraf otak langsung terhenti.ya Tuhan,sekali lagi bingit bila perkara ini berulang.
"kak,rehat la dulu.jom ke bilik saya."satu suara menyapa.
pejam mata,fikiran ligat mencari noktah."terima kasih dik."
walau lama,akhirnya lena juga.

Alarm mengusik lagi.cuba bingkas bangun.kepala masih berat,tapi janjiku dengan kekasih hati perlu ditunaikan.tahajjud,moga dia menjadi teman duniaku untuk akhirat,amin ya Rabb.

Bening subuh menyapa tubuh,sejuk.Terima kasih Tuhan,KalamMu masih sudi bersamaku.
"adik2,semua bangun,sudah azan ni."
sementara siapkan juadah 'nasi lemak',kemaskan keperluan yang patut untuk ke destinasi yang diidamkan,pantai~


~AhaD~

8.00 pg,pantai Mehdia...
Subhanallah,cantiknya.dek sedikit lewat,gigi pantai sudah dimiliki kebanyakkan pengunjung.seperti biasa,bola sepak pujaan kaum adam memenangi ruang.
"takpe,kita kerah keringat skit je lagi.cari tempat yang sunyi dari kebanyakkan orang."jom~
akhirnya sampai juga..lenang dari kebanyakkan manusia.
-kemas barang-Sarapan dengan kuih2-

jom cecah gigi air..Mandi!!
satu pengalaman baru seusia berada di maghribi ni.maaf la ya sape2 yg jadi mangsa akak tu,kena tarik masuk dalam air.tp Alhamdulillah,lepas tu semua seronok main kan.
aktiviti air;ajar adik2 apung diri dalam air.main ombak!seronok sesangat pengalaman tu.terima kasih ya semua.
-Makan lagi,kali ni lebih memasing lebih lahap bila dah penat main.
-'cepat makan.lepas tu kita teruskan aktiviti kita;bina istana pasir!" arah seorang datin tu,hehe.(jgn mare~)



istana oh istana.walau mula sedikit lewat dari group 2 tapi group 1 tetap siap dulu.yea,menang~jangan sedih ya group 2 ( jue,mun,e-nah,zura n lainnya).nati kita cuba lagi lain masa ya;)
lebih sadis lagi bila istana dilanda ombak sebelum dihuni!tapi xpe,puas~

bertukar sesi pula;
posing...posing dan posing..bagi je la peluang.
teringat kenangan dulu2,nak2 time ada gelanggang silat gayung.bestnya masa tu.sempat la juga ingat buah dan panaskan langkah sikit.(terubat rindu..)

jom balik..!
cepat ngemas.kena teruskan berjalan lagi~
Alhamdulillah,sampai juga ke rumah.masing2 muka penat nan seronok.hilang bingit di kepala.sakitnya ditepis gembira dek pantai.Subhanallah wAlhamdulillah,Kau hadiahkan satu jenis ciptaanMu untukku rebahkan segala resah.syukran Ya Tuhan.Kau terlalu Mengerti dan Memahami.tak sia-sia Allah menjadi kekasih hati.
Solat-naip skit-tunggu waktu asar n nak join kelas muwattu3 la konon,skali terlelap..punah hajat..:(
takde rezeki lagi kali ni,takpe la,perancangan Allah lebih baik kan.
-solat asar,sambung naip-study(malam)-ruang bicara seketika bersama adik,teruskan isitiqamah ya.insyaAllah,sayakuna bikher.

~IsNin~

Hisah hari ni dah nihai,jadi takde kelas.satu lagi nihai minggu depan(12 mei).
stay n buat talkis 'Ijtihad'.sunyi je bila ditinggalkan keseorangan di rumah.semua pergi kelas.
-rest jap-solat-sambung talkis-
leka dengan talkis sampai tak perasan dah petang.adik2 dah balik.ya Ampun,kul 5.30 dah.
lantas bersiap pulang ke villa.tima kasih kat sorang yang nganta akak ke mahattah ya(awak nak tahu,Qitar retard 30 minit dari 15 minit yg sudah akak tunggu,nasib baik dapat Qitar best!).Alhamdulillah,berkat doa adik2,akak selamat sampai di villa sendiri.

Hmm,pengalaman yang cukup berharga dalam kesederhanaan.Syukran ya Allah.betul2 terubat..walaupun seketika,namun cukup bermakna dan memberi ruang untuk fikrahku bernafas dengan udara baru~~
Ceria untuk hari-hari seperti biasa~~

Bisikan Hati
----T.T----

Thursday, May 1, 2008

Manipulasi Cinta bersulam Redha~




Bismillahirrahmanirrahim...

sedikit coretan yang dirasakan perlu dikongsi bersama sekalian sahabat.moga bermanfaat bagi mereka khasnya muslimat yang memucukcitakan ketenangan dalam meraih cinta Allah..insyaAllah.

Ciri-Ciri Wanita Solehah:

Sabda Rasulullah s.a.w ; orang yang paling sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekerti, dan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (riwayat Al-Tarmizi)

Mentaati dan menyenangkan hati ibu

Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan
Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)

Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman

Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah bersuami)

Wanita disuruh menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang seks

Kesopanan adalah sebahagian dari iman dan iman itu tempatnya di syurga (riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

"Menetaplah di rumah dan janganlah mempamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah (surah Al-Ahzab:33)

Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita

*********************

Dikalaku mengharapkan redha dan cintaMu...
Ya Allah,hanya Engkau yang layak menghulur dan menarik segala sesuatu dari nikmatMu yang dikurniakan.ku mengcipta cita mendamba kasihMu dalam luhur redhaMu ya Allah..jadikanlah aku "wanita solehah",pewaris jannah di kemudian hari bersama mujahidin AdDin.tunjukkanlah daku jalan yang benar lagi diredhai ya Rahman,Allahumma amin..salimmi ya Rab.

~0_0~