Monday, June 30, 2008

penangan bahana

         ~Bahana~

Sempoi bayu digigi senja,
tika sedang bersahaja,
tatkala dingin mula menyapa
bingit diterjah tiba,
ngongak pekik suara bergelodak!

Tanpa hirau,
rasuk kian menyengat,
berdesing!
namun amarah perlu dibekam.
biarkan lapuk dek alir selinap darah.
Takat didih gelora masih berberkas.


Enggan bertapak di pundak hati,
gagal mengawal emosi,
kian membulat benjol licin
pekik parah walau disental warak. 
tidak mampu kutampung rabak,
langsung membusuk!
Namun jiwa masih berbalut iman,
disemin tenang;sabar.

Tuesday, June 17, 2008

Buat Ayahanda

~~SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAH~~

Moga sentiasa tabah mengharungi hidup berbaki.
Doa anakanda sentiasa mengiringimu hingga hujung nyawa ini.
walau apapun terjadi
khazanahmu tetap menjadi rahsia kesuma hati
terpatri cinta buatmu
hanya masa mencuri waktu kita bersama
namun hati tetap setia
buatmu ayah.

Ku semat segala amanat,
lestari jadi azimat,
menghuni jalan kembara dunia persinggahan.

[anakanda yang sentiasa merinduimu..]

Sunday, June 15, 2008

sedang ingin bersahaja...


Bismillahirrahmanirrahim...
Sedang ingin bersahaja..

      Hari ni aku ke kenitra bersama anis.niat awal kami berdua tiada apa melainkan ziarah junior kat sana.lebih-lebih lagi anis yg belum pernah jejakkan kaki ke rumah2 mereka,sengaja temani dia.tak tahu pula ada manusia lain yang menganggap kami keluar rumah sebab perkara lain.biar je la apa dorang nak kata.memang takkan habis kalau nak hitung!
''blah baik-baik,jangan balik lagi!"
wah,manisnya.mentari menjadi semakin tinggi suhunya,panas betul laluan kat depan rumah..Alhamdulillah,istighfar jadi pengubat hati.harapanku,melangkah dgn seribu harapan untuk mendamba ketenangan,agar bisa bersarang tampuknya di hati ini lagi(mohon dengan sangat).
Hmm,semacam menumpang rumah orang la pula ya.rumah datuk dia kot!huhu.

    Sepanjang perjalanan,kepala bagai dipulas2,pening.juga penat sekian berfikir.buntu lagi~
bila perasaan dijadikan sampah!seharusnya bersabar.perlu tenang.buang jauh-jauh segala perkasam busuk.ok,insyaAllah.kami dapat kekuatan.

     Akhirnya sampai.terima kasih adik2 comel kerana sudi menaja penginapan,hehe.tapi sedih x tunggu akak ke pantai..(sob sob).takpe,lain kali boleh pergi lagi kan?.sambil tu,bagi je la peluang kat anis main2 dengan budak2 rebina ni.seronok pula dengar walau tak dapat join fun fair tu.tidak mengapa la,kepala perlu lebih diutamakan.dari sehari,jadi dua.dari dua,jadi tiga dan empat(taknak balik la pula).tapi dek ura2 result keluar khamis,kena la juga balik.so jalan,pulang~

     Penat,ditikam dek bahana kepanasan.pening,tak mampu berdiri.tidur kejap,cuba dapatkan kekuatan.selepas itu,terus ke jamiah.alang2 di jamiah(dengan bersangka baik),sengaja menjenguk pelaksanaan laksamana.rindu dengan sahabat arab sebenarnya.Alhamdulillah,lepas dapat berlabas2 dgn diorang kejap,terus berundur.tunggu juga result takut keluar.biasalah sini,kadang2 tu jam 6 baru nak keluar pun siapa boleh halang kan.masih ada ada misi yang perlu diselesaikan.setelah seruan disambut dan kawan arab pun cakap result tak keluar hari ni,jadi kami teruskan pencarian langsaikan misi.

   Di Villa cinta,suasana menjadi semakin berhabuk.lunas cinta dicarik pudar dek percik sumbing diketuk lagi.ada tetamu,sabar~
buat apa layan.didik hati supaya lebih diam.bagi je la peluang apa yang dimahukan,ambil semua.dunia ini kan kalian yang punya!persis kaca.
Jaga,jangan sampai membusuk bujur lintang,nanti makin parah.bisa patah tengahnya dek dijalar panjang.Dunia ini hanya persinggahan.tak perlulah bermegah dengan apa yang ada sekarang kerana nilainya bukanlah dihitung pada hari ini.jangan mengungkit yang mana hanya mengakit sakit!

~badai rasa~
     

Wednesday, June 4, 2008

~ Hidup bagaikan Sang Lebah ~

+--Hatiku Milik-Mu ya Rabbi--+


~AMBILLAH MADU DAN JANGAN ROSAKKAN SARANGNYA~
"Kelembutan tutur kata,senyuman tulus dibibir, dan sapaan2 yang terpuji saat bersua merupakan hiasan-hiasan yang selalu dikenakan oleh orang2 yang mulia.Semua itu merupakan sifat seorang mukmin yang menjadikannya seperti seekor lebah,makan dari makanan yg baik dan menghasilkan madu yang baik.Dan bila hinggap pada setangkai bunga,ia tidak akan merosakkannya.Itu kerana, Allah menganugerahkan kepada KELEMBUTAN SESUATU YG TIDAK DIA BERIKAN KEPADA KEKERASAN..

Tuesday, June 3, 2008

selesai untuk seketika

Bismillahirrahmanirrahim..

Seselesainya munaqasyah semalam maka berakhirlah nihai faslu akhr min akhr sanah..Alhamdulillah~~
tapi berdebar hati Allah saja yang fahami;takut,resah,cuak dan semua macam ada dibenak hati ni.dah 6 sem ku usai sesi pengajian di sini tapi entah kenapa rasa berdebar sangat untuk semester ni.kenapa ya..:-?

Melihat kawan-kawan yang kepelbagaian gelagat makin menambahkan kepeningan tatkala terfikirkan nasib sendiri.bagaimana ya nanti..:-?



ya Allah;ku butuh pertolongan,ajarkanlah aku sebuah damai.hadiahkan aku sebidang tabah.beningkan hatiku dalam aur tenang.acukan rahmah dalam palitan iman~~


Walauapapun,semua datangnya dari Allah."la tahzan innAllaha ma3ana".cuba pujuk hati lagi untuk diam dalam ketentuan Allah.segala ujian mahupun dugaan yang telah Allah datangkan adalah untuk menjadikan aku lebih cekal dan tabah.jangan mudah mengalah,"teruskan perjuangan hingga ke akhirnya".ingat pesanan tu sampai bila-bila.InsyaAllah~

**Adakala terSungkur di Hari ini menJadi Tangga keBangkitan untuk Hari Esok**