Friday, December 21, 2007

salam aidiladha



Bismillahir rahmanir rahim.....
Assalamualaikum wbt.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT....

jom kita hayati sejarah pensyariatan aidiladha ke atas kita umat islam...

pengorbanan seorang ayah..
kasih seorang ibu..
merela perintah dilaksana
berjiwa kehambaan menerima perintah
bergelut redha
membaja sabar
menyemai cinta pada Rabbi

dialah ibrahim
itulah siti hajar
demikianlah ismail
kecintaan pada Allah melebihi segala yg dimiliki

Allah maha berkuasa
disebalik kisah pengorbanan
segalanya tersimpul hikmah
langsung mereka tidak menyangka
segala yg diperintah hanya untuk menduga
menambah iman mensyukuri hikmah milikNya..

AIDILADHA....dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."

Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu 'syariat' seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing) ." (Surah Al Maidah, ayat 48)

Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37)

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.

Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.

Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.

Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27)

Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah swt...
Moga kalamNya sentiasa terubun di kepala kita sbg pengajaran dan iktibar...
sekian,wassalam warahmatullah...

Saturday, December 8, 2007

Hadith untuk berMusafir~



Rasul SAW bersabda :
Janganlah sekali-kali seorang lelaki menyendiri bersama seorang wanita, kecuali muhrimnya.
Janganlah perempuan itu bermusafir kecuali bersama muhrimnya.
Lalu bertanya seorang lelaki :
Sesungguhnya isteriku bermusafir mengerjakan haji, sedangkan aku berperang sana sini.
Rasulullah SAW menjawab :
Temanilah dah berhajilah kamu bersama isterimu.
(HR - Bukhari & Muslim )

Monday, December 3, 2007

--Pergi Tak Kembali--

Bismillihir Rahmanir Rahim.....

Assalamualaikum wbt....

Sesungguhnya yang datang pasti kan pergi...
begitulah lumrah kehidupan....
sebagai hamba,kita takkan dapat menangguh atau percepatkan waktu walau sesaat..
salam Al-Fatihah buat Achik(mak sedara) yang telah kembali ke rahmatullah...
walaupun kita tak sempat bersua di benua dunia namun di akhirat sana pasti kita akan ditemukan...insyaAllah,semoga kita dapat bersua dalam situasi yang harmoni dan diredhai Allah...amin ya rabb sallimna ya Allah..!!

Achik telah mencuri air jernih milikNya selepas pemergian nenda tercinta ke rahmatullah bertahun lama sudah..setelah sekian lama mengekangnya dari dihiba...
mungkin sedikit terkilan kerana pulang bercuti selama 3 bulan pun tak juga sempat melawat Achik...maaf ya Chik.hanya kalungan doa yang dapat Ateh hadiahkan buat Chik.semoga kembalinya Achik ke rahmatullah diterima Allah dgn selamat dan dicucuri keredhaan keampunan...amin..
inilah salah satu hakikat yg perlu disertakan hati yg redha bila berjauhan di perantauan...Achik org ke-4 yang meninggalkan ateh tanpa ada disisi selepas Pak Teh,Pak Ngah dan Kak Mah...moga kalian disatukan disana utk kekal bersama selamanya...sungguh,yang pergi pastinya takkan kembali lagi...redha Adalah sebaik² penerimaan.

Bagi kita yang masih disatukan nyawa senafas berjasad...hargailah masa kita sebelum terlambat...sebelum malaikat menjemput ke daerah sana...
sepertimana Firman Allah Subhanallah Taala dalam kalam karimNya,surah al-ankabut ayat 57...

كل نفس ذآئقة الموت ثم إلينا ترجعون

Atau juga boleh kita renung ayat Allah dari surah Ali Imran ayat 185...yang bermaksud:

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati,Dan hanya di hari khiamat sahajalah diberikan yang sempurna balasanmu.Barang siapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh,dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya"....








Semoga kita mendapat syafaat dari Rasulullah S.A.W dan meraih Cinta Allah sementara hidup masih bersisa..insyaAllah..
sekian,wassalam....

~Ingat Lima Perkara sebelum datangnya Lima Perkara~


Sunday, December 2, 2007

Renungan...

AiDilAdha...(o_o)

Bismillahir rahmanir rahim.....
Assalamualaikum wbt.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT....

jom kita hayati sejarah pensyariatan aidiladha ke atas kita umat islam...

pengorbanan seorang ayah..
kasih seorang ibu..
merela perintah dilaksana
berjiwa kehambaan menerima perintah
bergelut redha
membaja sabar
menyemai cinta pada Rabbi

itulah ibrahim
dialah sarah
demikianlah ismail
kecintaan pada Allah melebihi segala yg dimiliki

Allah maha berkuasa
disebalik kisah pengorbanan
segalanya tersimpul hikmah
langsung mereka tidak menyangka
segala yg diperintah hanya untuk menduga
menambah iman mengukuri hikmah milikNya..

Saturday, December 1, 2007

Nihai pertama.....

Bismillahir rahmanir rahim...
Assalamualaikum warahmatullah....

Hmmm...
Hari ni,hari pertama dalam bulan disember yg merupakan bulan last pada tahun 2007 (1/12/2007).dan pastinya hari ini takkan berulang kembali.saya baru je balik dari jamiah...tau tak kenapa saya balik awal Hari ni?sbbnya hari ni ada nihai(final exam) dan ust pulak ikut laiehah(senarai nama)...so mmg tak dpt elak la..mmg kami(saya dan kawan² semalaysia seramai 7 orang-6P 1L) antara yg terawal kerana nama bermula dgn B! iaitu Bin au binti.....
Semalaman tidur tak cukup kerana masa dikorbankan utk study jadi sengaja nak keluar pergi jamiah lambat skit dari jam 8 pagi(waktu exam bermula)...bila kawan sms bgthu syafawi ikut laiehah;so kami pergilah walaupun terlambat stgh jam gitu...bila masuk je mudarraj dan buka nota skit hanya untuk panaskan suhu otak,tiba² nama maliziyyin berkumandang dgn harumnya..kami terbahagi kpd dua kumpulan dan saya termasuk dalam kumpulan kedua...

Maka berjalanlah kami ke hadapan menuju meja ustaz dgn bergaya dan anggun..."Assalamualaikum wbt ya ust...waalaikumussalam wbt-salam saya bersambut..."
manisnya muka kami berempat(kumpulan kedua) dgn ukiran senyuman melebar;tp dalam hati masing² Allah saja yg tahu..berdebar!!salah satu sbbnya fiqh hadis syarif,ilmu khorij hadith wa manahij hadith(satu wehdah dgn ust jai yg comel ni)adalah nihai pertama kami pada sem 5 ni.
eh,terpanjang pulak cerita saya nih,dah penat ke baca?oklah jgn tidur dulu ya,saya pendekkan cerita saya...
so ustaz yg comel lagi baik hati tadi pun tanya la kat saya mula² sbb nama saya yg pertama dalam kumpulan kedua ni..bila dah ustaz tanya soalan tu,saya diam je..bukan taknak jawab tapi takut utk jawab...ishh,ada pulak takut kan...soalannya hanya perlu jawab naam au la' fakad!wa limazha hakazha...?saya pun dgn serba tak salah memilih utk menjawab "laa"...yakin aje dgn jawapan tu)...lianna.....
Jawapan beralih kepada sahabat saya yg kedua disebelah....lianna....sahabat ketiga dan keempat dgn misalnya....hakazha²...lepas tu ustaz pesan study baik² bittaufiq untuk kami...syukran jazeelan ya ustaz!!insyaAllah,najah...

Punyalah saya dan sahabat² bertukus-lumus pulun polikop yg asal berkaitan hadis je saya photocopy dan cuba habiskan pembacaan dan pemahaman,balik² satu soalan je yg perlu kami sediakan bagi soalan ustaz.dan saya,hanya berdiri dgn satu jawapan "laa'..."harap-harap jawapan itu teguh berdiri dgn sendiri utk membantu nukad saya dalam wehdah ni.Alhamdulillah,sakit kepala saya tak sia-sia...insyaAllah...moga usaha saya dan sahabat² seperjuangan diterima Allah dgn sebaik² ganjaran...amin ya rabbi sallimna.

Dikesempatan ini suka juga untuk saya kongsi ilmu yang menarik utk dikongsi bersama...slide show dibawah adalah salah satu bab yg perlu kami pelajari dan kaji utk wehdah fiqh hadith wamanahijuhu..iaitu bab jual beli yg dilarang dalam islam...moga bermanfaat untuk sahabat pembaca sekalian terutama pada saya dan sahabat² seperjuangan di universiti di semester 5 skrg...bittaufiq wannajah alaik..