Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu...


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, syukur akhirnya dapat juga saya call mak untuk wish " selamat hari ibu, mak."
Sekali lagi luhuran kasih diunjur buat mak kerana dia adanya saya. Segala jasa dan pengorbanan mak takkan pernah saya lupa walau bila-bila.

Izinkan saya berbakti pada mak walau dalam apa jua dan bagaimana cara sekalipun. Mak adalah ibu terbaik yang pernah saya ada. Semoga Allah sentiasa cucuri dan lindungi mak dunia dan akhirat, amin. Impian saya mahu damai bersama ibu dan ayah serta keluarga di dunia mahupun alam kekal akhirat.(Ya Allah, perkenankanlah! Ya Rahim~ )

Sekali lagi saya ingin melirik sebuah lagu yang saya sangat suka nyanyi sorang diri dikala merindui ayah dan ibu kerana ini juga kuanggap doa :)

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku
Wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku
Wahai ayahku
Redhakan kan diriku

hulurkan salam untuk Rasul junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya 'Alim Ya Rahmanu Ya Rahim (2x)

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasihi ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku
Rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Chrorus:
Selamatkan mereka dari azab neraka
dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan taliMu
Amin Ya rabbal 'Alamin
Hubungkan mereka dengan taliMU
Amin ya Rabbal 'Alamin

#Chorus

Wahai Tuhan
Limpahkan hidayahMu untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

#Chorus

Wahai ibuku wahai ayahku
didiklah anak-anakmu
moga menjadi penyejuk di mata
penawar resah hatimu

ampunkan segala keterlanjuranku
halalkan makan minumku
doakan semoga aku selamat
dunia dan di akhirat

Semoga mak kekal tabah. Sayang mak, rindu mak~

Thursday, May 7, 2009

Terasa kehilangan...

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang~

-Malam-
Sedang pening dengan karenah scanner yang tak juga dapat untuk copy n save terfikir untuk tanya kawan. Alhamdulillah, Allah beri pilihan Kak Min. Borak dan tanya khabar, kak Min beritakan perihal Pn.Salmah. Terdetik, "ya Allah, teruk ke demamnya? semoga cepat baik."

-Pagi-
kak Min datang lambat.
(mesti ada sesuatu yang aku tak tahu ni).jangkaanku betul. Setelah kak Min bersua, Kak min khabarkan lagi; Kak Salmah sekarang di ICU. Ya Rahman, Engkau sayangkan dia sebab itu dia diuji begini. Sebak bila diberitakan perihal sakitnya.

-Petang-
Lebih kurang jam 2 petang, kami diberitahu kak Salmah selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah, syukur. Moga sentiasa dipelihara oleh Allah dalam apa jua ujian.
Tertumpah lagi air mata ini bila bercerita sendiri dengan kak Min.
Ya, kita betul-betul terasa akan ketiadaannya.kehilangan~
Hilangnya seorang sahabat dalam pasukan kerja yang sebelum ini sama-sama berganding usaha untuk menerajui kemajuan anak didik di Maahad yang baru saja mula bercambah ini.Hilangnya seorang ibu yang sentiasa menasihati bila berselisih pendapat walau sesama sendiri.

Semoga kak Salmah tabah hadapi ujian Allah ini. Begitu juga buat Azrol (anak) dan kalian sekeluarga.Allah takkan membebani sekalian hambaNya melainkan dengan kesanggupan hamba itu sendiri. InsyaAllah, pasti ada hikmah disebalik musibah ujian ini. Hargai waktu berharga kalian.
Sekian, Wassalam warahmatullah.

~kata pepatah; patah tumbuh hilang berganti namun tiada yang sama walaupun serupa ~

Wednesday, May 6, 2009

Jangan benci untuk tidak dibenci

Bismillahirrahmanirrahim.
salam sejahtera buat semua yang bersama.Dalam kehidupan kita semua pasti pernah membenci ataupun dibenci, kan?Tidak dapat dinafikan.Semua perlu merasa perasaan itu untuk tahu agar kehidupan ini tidak segalanya manis.Itulah salah satu hikmah kenapa Allah wujudkan kepelbagaian rasa dan suasana.Bukan untuk mencacamarba keamanan hidup tetapi untuk menjadikan asam itu manis yang kadangkala hakikat manis adalah tawar dan pahit.

Jika direnungkan sejenak, benci itu adalah subjektif dan sensitif bila ia sudah beraja dalam diri seseorang. Kenapa mesti begitu ? Ini kerana hanya Allah yang tahu hikmah dan natijah bagi segala suatu kejadian dalam kehidupan seseorang.

Kita manusia yang punya hati perlu sentiasa dalam didikan dan pengawasan iman, barulah rasa "benci" yang bertandang itu dapat dikikis dengan baik dan tidak mengganggu kesempurnaan ibadah.Ketahuilah bahawa semua manusia adalah bersaudara!

Namun begitu, benci itu juga perlu diraih oleh kesemua hati, bersesuaian dengan kehendak-Nya iaitu bencikan segala pekara yang dilaknat dan dimurkai Allah. Kemaksiatan yang kian bermaharajalela di sekeliling kita perlu dibenci dan sebetulnya dicari jalan keluar dari permasalahan untuk mengikisnya dari tapak kediaman manusia! Bagaimana ? Tepuk dada tanya iman. Sama-samalah kita belajar dan kaji demi kemashlatan semua.

Saya yakin setiap orang, masing-masing ada cara tersendiri dalam menangani kebencian yang bersarang di hati. Diharapkan ia tidak menjadi punca dalam suatu permusuhan kerana permusuhan yang perlu adalah hanya untuk kerana Allah SWT.

~ Jangan biasakan hati dengan membenci kerana dalam diam ia boleh memakan diri. Kenalilah siapa kawan, siapa lawan agar diri kamu terhindar dari hidup dalam kepalsuan ~

Thursday, April 30, 2009

Lumrah pertemuan~

Bismillahirrahmanirrahim~

selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SWT serta keluarga dan sahabat baginda.
hari ini, hari dilalui seperti biasa.keluar jam 7.10 pagi, tunggu bas.bas sampai naik, terus ke sekolah dan tiba lebih kurang 7.48 pagi.
hari ini juga merupakan hari terakhir seorang kawan yang mengajar di sekolah MASAA berkhidmat.kawan-kawan gelari juga kembar saya sebab tarikh lahir kami hampir, 2 dan 3 april di tahun yang sama.tp saya lagi muda la skit.hehe.

1310 ptg : lepas keluar dari kelas f2, saya ke tempat solat.kenapa semua orang tak naik2 lagi ya.biasanya dah naik untuk solat dan makan tengahari.
ringgg...Assalamualaikum, turun ke cafe skrg.wat makan2 skit".
"ok, coming ".
Dia yang nak stop tapi dia pula yang belanja kami.adus...sori la kawan.tengah kering~hehe.ada masa dan peluang nanti saya belanja pula ya.:)
oleh kerana kawan belanja, terpaksalah korbankan perasaan yang taknak makan hari ini( i mean nasik la).
Alhamdulillah, akhirnya kenyang juga kami semua warga MASAA petang ni.terima kasih ya cikgu Syafri.segala kerjasama dan perkongsian idea dalam memajukan anak didik kita tidak akan pernah dilupakan.lain kali belanja pulok deh!jangan pernah lupa jalan untuk sampai ke sekolah ni ya~;)

Walaupun pertemuan kerja ini terlalu singkat untuk digamit namun peluang dalam berkerjasama sungguh bernilai.insyaAllah, semua itu terpahat di salah satu sudut dalam kotak kenangan hidup kita bersama.kak Min ngan Azrol jangan nangis lak ya bila Syafri dah xde.patah tumbuh hilang pasti berganti ;)
buat teman seperjuangan di medan MASAA ini jangan menyerah kalah dengan sesiapa walau yang cuba menjatuhkan kita k.Semoga kita semua sentiasa dipelihara oleh Allah walau dalam apa jua cabaran dan usaha, amin.

perjalanan masih jauh
penuh onak berliku terpaksa tempuh
demi sebuah kota impian
kekal utuh menokah bingkisan harapan

Semoga dapat kerja yang lebih baik dan jangan lupakan kami warga MASAA terutama anak2 saya f4 tu ya.lumrah pertemuan, pasti ternoktah dengan perpisahan.salam muhibbah~

sekian.
" susun langkah ke destinasi impian -_- "

Sunday, April 26, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 09

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Petang semalam,sempena pesta buku antarabangsa 2009, PWTC menerima kedatangan seorang lagi hamba Allah, yang langkahnya mengharapkan dapat membawa pulang jilidan kitab fiqh sunnah-sayyid sabiq versi melayu.pergi bersama 2 orang kawan yang juga serumah.kurang dari minggu lepas,semua pergi kecuali Fiza(cucu solehah-jaga atok...:D)Wah,sibuknya jalan hari ini, walaupun hari cuti! area subang merupakan salah satu tempat mangsa kesesakan jalan raya.kami pergi dengan bas je.

Setibanya di sana terus melangkah mencari kitab-kitab yang mungkin boleh menarik hati.kalau minggu lepas terjumpa sahabat seperjuangan,iman tanpa tak disangka tapi kali kedua ni jumpa dengan sms.ala2 janji la gitu.wah, sibuk betul cik iman sekarang ni ya.time jumpa tu pun tengah list kitab-kitab yang ada untuk sebarang tempahan.sampai nak bersalaman pun x sempat ya man.hehe...takpe, kerja2.ramai jugalah yang saya jumpa.adik-adik naqib naqibah dan kawan-kawan lain.Raihan pun ada.dan yang paling seronok dapat bersua dengan novelis berjiwa muda yang namanya kian mekar di mana2 taman saja, Habiburrahman!
Habib salah seorang novelis yang saya kagumi dengan method dakwahnya.walaupun ramai yang terima tapi tetap ada yang menolaknya dengan alasan, cinta tak selalunya berakhir bahagia dan cinta itu seolah-olah diketengahkan untuk diutamakan.(ada juga rupanya ya yang contra dengan novel dan filem ayat-ayat cinta DLL...hmm, itu hak nilaian masing-masing.ambil positif buang negatif,moga intifadahnya dapat mengubah perspektif cinta islam dan dalam islam). sudah menjadi adat dalam apa yang kita lakukan akan ada yang menyokong dan tak buang juga menindas!normal~dengan itulah menjadikan usaha kita semakin manis dan bermakna.

Tertarik dengan satu persoalan yang dikemukakan oleh Saudara Habib.'Siapa yang mahu hidupnya dibenci? tidak mahu disayangi.dicintai?'.
tiada seorangpun yang mahu hidupnya dibenci!semua mahu dikasihi.dicintai~
bila disayangi, hidup akan dirasa lebih bermakna dan dilalui dengan indah ceria, seiring bersama mengorak langkah di gerbang perjuangan hingga ke akhir langkah.sedang bila dibenci?(Nau3zubillah) merana,kecewa,hilang syukur atau bagaimana?Wallahua3lam.tepuk dada tanya selera iman~

~~***~~

Terpisah dari kawan-kawan, jalan sendiri.sedang asyik di membelek helaian kitab-kitab, dapat satu msg; tlg call abg Sham skrg, urgent!terpaksa letak dulu kitab2 di tangan dan cari posisi sesuai untuk call.Allah maha kuasa, tak dapat pula.ternyata masalah number sendiri, bukan line.biarkan dulu.terus ke ATM, juga tak dapat amount.masalah lagi.Sabar~terus ke surau.

Susur ke post Al-Hidayah, dapatkan beberapa buah kitab yang diizinkan Allah untuk dimiliki.


# Asbabun nuzul-Imam Jalaluddin As Sayutti
# Fiqh Lima Mazhab-Muhammad Jawad Mughniyah
# Bahan mengajar, termasuk cd mari belajar mengaji-ust Zamri


kemudian jalan lagi.kali ni kira jalan-jalan cuci mata jela.Ya Allah, cintanya pada setiap rangkap dan kalimah yang terkandung dalam setiap kitab!rasa nak saja tidur kat pesta tu,taknak balik!
Allah Akbar, masa pantas berlalu.dah jam 6.28 ptg.cari kawan tak juga jumpa.call tak dapat.redha, ambil KTM ( putra-midvelly) - metrobus (midvelly-subang jaya) seorang diri.maaf ayah,mak.gagal lagi elak jalan sendiri.memang dah takdir sendiri barangkali.

Hari ini,26 april adalah hari terakhir maarad kutub.dak tak boleh pergi dah, kena kemas barang!
moga pada tahun2 akan datang berpeluang lagi untuk meraih keseronokkan di pesta ilmu.Minggu lepas dapat miliki beberapa buku motivasi selain bahan mengajar bahasa arab yang boleh tahan harganya, RM984.demi anak didik, ustazah rela berkorban apa saja;)


sekian~

" Ya Allah, aku leka dengan waktu yang Engkau kurniakan.Ampuni daku,terimalah taubatku ya Ghaffururrahim".

Saturday, April 25, 2009

kena jadi warden!

Bismillahirrahmanirrahim
salam sejahtera kepada sesiapa yang sudi singgah~
sambil rehat2, terdetik nak update blog usang ni.sebenarnya malas nak mengemas barang lagi :D
mulai esok kena jadi warden asrama pelajar-pelajar dan anak-anak yatim.dah menjadi adat kerja, majikan arah kena la ikut.tapi itu bukan alasan.sebenarnya memang ikhlas nak tolong mereka.cuma perasaan takut dan baur tak tentu itu bergelumang dalam denak hati ni.takut tak mampu jaga mereka dengan baik.rancang lain tapi lain pula jadi.itulah yang dikatakan ketentuan Allah kan.apapun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan,jadi kena sentiasa bersangka baik dengan takdir yang dikurniakan Allah yang Maha tahu segala~

Lepas ni kena belajar jadi garang!uwaa...kenapa dorang suka sangat panggil 'ustazah sporting' ?(tak garang ke aku nih ya?-monolog~ ) ish, tak boleh jadi.kena ubah strategik demi kemashlatan warga Al-Amin ;)

Moga kawan-kawan disisi hulurkan tangan ringankan beban, sama-sama kita islah anak didik kita dengan bekalan ilmu demi pencerahan masa depan mereka.

nak bersiap pergi ke pesta buku~
wassalam wbt.

p/s : jika marahkan orang maka redakan dengan luhuran kemaafan agar hatimu disinari ketenangan~~

Friday, April 24, 2009

Terima kasih Sahabat~

Tatkala diamuk buntu,gelisah,kecamuk segala rasa,hadirnya kata-kata semangat dari seorang sahabat...

Keramatnya ukhwah
melangkaui hubungan darah,
kasih sayang kerana Allah
tonggak kekuatan dalam jemaah.

Digubah acuan akidah,
tidak seorang dibiar gundah,
andai ditakdir rebah,
seribu membahu gagah!

Moga hatimu tabah
menempuh segala mehnah,
andai ingin diluah,
diri ini sedia bersama menanggung resah!
Teruskan istiqamah dalam perjuangan~
***
*****
* terima kasih sahabat kerana ingatkan ana bahawa hidup ini bukan sendirian walaupun keseorangan.ada masa kita jumpa ya! nak dengar cerita perjuangan~ :)
Bittaufiq wannajah buat sahabat2 yang sedang menduduki peperiksaan.

Thursday, April 23, 2009

Dua KOsong Kosong Sembilan

Bismillahirrahmanirrahim...

Begitu pantas masa berlari meninggalkan kita yang lalai.Allahu Akbar~
Dah lama tak update blog.rindu kalam bertaut jua hari ini.dengan izin Allah dikurniakan peluang dan ditunjukkan jalan untuk kebajikan.walaupun kepenatan tubuh badan sentiasa dirasa, kebuntuan di fikiran turut serta namun itu tidak melemahkan semangat untuk berjihad fisabilillah.

Bermula awal tahun maka bergelarlah aku sebagai guru.walau bukan kehendak tapi itulah hakikat tanggungjawab.bila diberi amanah kena laksanakan sebaik mungkin.
Waktu dikekang dengan menyiapkan bahan untuk mengajar.

Sedar tak sedar sudah hampir 4 bulan berlalu di tahun baru ini ya.dalam tempoh itu dapat dikira dengan jari nilaian yang dapat diraih.apapun syukur kerana semua yang aku lakukan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sekeliling.Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana kurniakan daku waktu untuk berbakti.

Lagi sebulan, ada peksa pertengahan tahun pula.kena siapkan soalan~
masa betul2 mencemburui usaha dakwah.moga ada masa untuk terus bersama kalam setia di ruangan ini,amin!

to be continue...
wassalam wbt.

Tuesday, September 30, 2008

hikmah jika...



Jika ada sesiapa pinta cintamu
katakan ia untuk Allah
rindu untuk Rasulullah
kasih untuk ibu ayah,
tetapi jika dipinta keihklasanmu
berilah kepada yang tahu menghargainya.

~~**~~

Jadikan rindu itu pemanis hidup
bukan sebagai pemusnah
kerana rindu itu membuat kita saling mengingati
antara satu sama lain walau berjauhan.

~~**~~

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA
MAAF SEGALA SILAP SALAH JIKA ADA TERGURIS MAKAN HATI KALIAN YANG MENGENALI DIRI INI.
SEMOGA PINTU KEBERKATAN-NYA MASIH BAHKAN SENTIASA TERBUKA UNTUK KITA.

Salam Mujahadah...
fakir ila mardhatillah~

Wednesday, September 24, 2008

~Ramadhan berbaki?~

Bismillahirrahmanirrahim

Sepuluh ramdhan terakhir hanya berbaki lagi 6 hari (malaysia) dalam genap dan ganjilnya.dimanakah 'Lailatul Qadr'? dalam kegarapan waktu memburu satu malam sejarah, terselit satu keresahan di hati.'adakah malam itu menjadi milikku?adakah lailatul Qadr memilih aku menjadi temannya?'masih dan terus menali harapan sekasih kemuliaan ramadhan~

~~cintailah Tuhanmu yang menjadikan segala isi di langit dan di bumi,moga kamu beroleh rahmat dan meraih keberkatn dari hujan ujian-Nya~~
^_0

[b[i[n[g[k[i[s[a[n]k]e]n]a]n]g]a]n]

Alhamdulillah, perjalanan berujian pulang ke tanah air akhirnya bersambut syukur.sedari awal bersiap untuk pulang, pelbagai perasaan bercampur.kecamuk jiwa kali ini betul-betul mengulit resahku.ya Allah, betapa baur ini menidakkan kata hati, baur ini jugalah yang mengcungkil segala rasa.seribu dalam satu persoalan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk diertikan.seorang insan yang boleh aku berkongsi rasa (terima kasih sudi mendengar).lagi hangat dua geliga cahaya anugerah Tuhan ini.lantaran sujud perhambaan jualah yang bisa menenangkan hati.kian berbaur, bercambah lagi perasaan ini.
"mak, maafkanlah jika dengan cara ini bisa meruntun hatimu.saya cuba lakukan yang terbaik!"

Dalam keawalan terjadi juga kelewatan.aduhai, no komen~hanya Allah yang tahu kenapa.gara-gara itu qitar jam 3.25 pagi terlepas untuk dinaiki.bisakan percaturan-Nya menjadi sia-sia kan.hurm, persis tenang hadir.jangan gelabah nanti tak boleh berfikir.musafir ini bukan untuk 1 atau 2 jam tetapi berjam-jam.akhirnya keputusan berteksi sahaja.tambang bisa dirunding walau kemahalan, yang penting fokus; sampai ke mator sebelum jam 7 pagi!adik-adik juga menenangkan.Alhamdulillah, perjalanan baik.kecamuk terus ghaib.satu kesyukuran terungkap hadir untuk-Nya pencipta tenang juga resah.

5.40 pagi sampai di mator.terus barang-barang nan banyak (untuk dua org bak kata seorang hamba Allah) dibawa masuk.sementara menunggu giliran untuk solat aku sempat timbang barang.(opss, kerunsingan lagi bah).suara pun banyak kedengaran persis kenyataan.betul, barangku melebihi had kg!biarkan~sejurus itu kuberedar untuk solat.

Tiba di check in bagasi, kecuakan mula berganda.alahai segan segala rasa.tebalkan semangat.Alhamdulillah, akhirnya semua lepas.balik2 kawan sekapal pula sedikit bermasalah, kalaulah aku boleh tolong.tapi akhirnya selesai juga dengan kemudahan milik Allah Taala.

Sejurus menunggu, gelodak hati berperasaan sendiri.argh, cukup tak suka dengan situasi begini.harus berlapang dada."setiap pertemuan pasti datangnya satu perpisahan".sorok kegusaran hati.benihkan kegembiraan semampu mungkin untuk tambati hati mereka dari terlepas ke kandang kesedihan."jangan nangis, akak pun tak nangis.ini hanya perpisahan sementara".

Akhirnya,kututun masa yang berpaksikan amanah hadlajunya.dapat lepas memasuki pintu harimau di balai berlepas selepas dari mulut buaya tadi(chek in bagasi).sempat kusemat nota terakhir buat maghribi sebelum kapal berlepas.biarlah nota itu kekal menjadi kenangan buatku.terima kasih kepada semua yang bersama mencipta kenangan ini.semoga dapat bertemu lagi di arena yang lebih dedikasi berperwirakan ilmu dunia dan akhirat yang sekian kalinya digolokgandakan di bumi maghribi.insyaAllah.

Terima kasih buat Sarah, Nisah dan Sakinah kerana sudi bersama akak di akhir waktu,juga yang ikhlas dan kawan2 nan ramai.teruskan pengembaraan ilmu kalian di sana dengan paksian yang lebih baik.moga beroleh kejayaan di dunia mahupun akhirat, amin ya Rabb.
~~~***~~~

Wednesday, September 17, 2008

selirik kasih Tuhan

~Teman jatuh bangunku~

Bismillahirrahmanirrahim.

Perlukah berputus asa?Ya Allah, bisikkanlah sabar yang kekal berpanjangan ke dalam hati ini.tak ingin dilihat lemau tanpa disirami keyakinan.sememangnya, terkilan.tapi aku hamba yang tak boleh untuk mengungkap kata 'kenapa begini' kerana semuanya aturan Allah untuk takdirku hari ini.apa yang mampu, sabar~

"Adik, jangan beritakan pada kakak perihal yang boleh menggugurkan semangat.cubalah untuk jadi terbaik kerana peluang itu sentiasa ada bagi mereka yang mahukannya.jangan ungkap kalimah 'putus asa' itu kerana orang-orang beriman tidak pernah mengeluh dan berputus asa dengan rahmat ujian Tuhan".
Satu bisikan lagi hadir ke benak fikiran.jangan jatuh!jaga tapak iman itu.

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ -٢٨٦

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

Al-Baqarah (286)

Subhanallah, Alhamdulillah.ujian ini mematangkan diri.kusedar akan nikmat kasih sayang-Mu.lagi membuatkanku berfikir lebih mendalam perihal kuasa-Nya.Terima kasih Tuhan~

~Melirik zikrullah mendamaikan jiwa~

Tuesday, September 16, 2008

Hargai peluang

-cari kuncinya-


Bismillahirrahmanirrahim.

"Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta". Kemudian Ibnu Munkadir berkata: "Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah". Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.

-Ali bin Abi Talib-

Ramadhan 15, Alhamdulillah sudah separuh bulan umat islam mendapat peluang ibadah di bulan mulia ini.Ramadhan masih lagi berbaki 15 hari, namun adakah peluang separuh bulan lagi itu kekal milik kita atau bagaimana?
segala kemungkinan hanya di tangan yang Esa.

Aku ingin terus merebut peluang yang dihadir dalam penghayatan barakah dan keampunan.ingin sekali memiliki kenikmatan yang dunia dari Qiamullai,Silaturrahim san Berjemaah yang takkan aku lepaskannya.
hidupkanlah mereka bertiga dari permulaan tangkai hati.Allahu Akbar~jangan butakan hatiku yang naif ini.moga kemampuanku kali ini lebih baik dari tahun-tahun lepas.

Kepada sahabat-sahabat, hargailah peluang kali ini yang belum tentu dapat kita miliki ramadhan akan datang(pasti?-wAllahua3lam bissowab).bukalah pintu hati jangan biarkan terkatup,tutuplah ruang egois kejahilan untuk dibukakan jalan lurus.
"Masukilah pintu itu,
carikan sekeping ketenangan.
tinta hatimu,
moga beroleh rahmat Tuhan."

~Pengalaman menjadikan jiwaku hidup~

Wednesday, September 10, 2008

SeBakul Emas


Khutbah Rasulullah SAW Menyambut Ramadhan


Imam Ali ibn Musa al-Ridha AS meriwayatkan berdasarkan rangkaian perawi dari saudara-saudaranya dari Imam Ali AS bahwa Rasulullah SAWA menyampaikan khutbah berikut ketika datangnya bulan Ramadhan.


Wahai manusia! Telah datang bulan Allah (Sharu-Allah) yang penuh barakah dan maghfiroh (pengampunan) Nya. Bulan ini di sisi Allah merupakan yang terbaik dari segala bulan. Siangnya adalah yang terbaik di antara siang, malamnya adalah yang terbaik di antara malam, dan saat-saatnya adalah yang terbaik.

Di antara saat-saat, ini adalah suatu bulan di mana kamu diundang oleh-Nya menuju ke dhiafatillah (perjamuan) Allah. Dan dipermuliakan kamu di dalamnya.

Di dalamnya nafas-nafas kamu merupakan tasbih, tidurmu ibadat, dan amalanmu dimakbulkan dan doa-doa kamu mustajab.


Maka kerana itu hendaklah kamu memohon kepada Allah, Rabbmu dengan niat yang benar dan hati yang suci ikhlas agar Allah menolong kamu untuk terus berpuasa, dan membaca KitabNya.


Sesungguhnya celakalah orang yang tidak beroleh keampunan Allah dalam bulan yang agung ini. Ketika berpuasa ingatlah akan lapar dan haus di Hari Pengadilan. Berilah sedekah kepada orang faqir miskin. Hormatilah orang-orang tua-tuamu, sayangilah orang-orang mudamu dan sambunglah tali kekeluargaanmu. Jagalah lidahmu, dan pejamkan matamu dari pemandangan yang tak patut dilihat dan jagalah telingamu dari suara yang tak patut didengar.


Berlaku baiklah kepada anak yatim piatu sehingga anak yatim kamu juga akan diperlakukan dengan baik. Bertaubatlah kepada Allah atas dosa-dosa kamu dan berdoalah dengan tangan terangkat dalam waktu-waktu solatmu kerana inilah waktu-waktu yang terbaik, dimana Allah melihat hamba-hambaNya dengan belas kasihan. Ia menjawab apabila mereka menyeru, menyambut apabila mereka memanggil, memberi apabila mereka meminta, dan mengabulkan apabila mereka memohon.


Wahai manusia! Sesungguhnya jiwamu digadaikan dengan amal perbuatanmu. Bebaskanlah jiwamu itu dengan memohon keampunanNya. Punggungmu keberatan menanggung dosamu, maka ringankanlah dengan sujudmu yang lama.

Ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan nama Kemuliaan dan KehormatanNya bahwa Ia tidak akan mengazab orang yang melaksanakan solat dan sujud, dan bahwa Ia tidak akan menakutkan mereka dengan api neraka pada Hari Pengadilan.


Wahai manusia! Apabila seseorang di antara kamu memberikan makanan untuk berbuka puasa kepada seorang mukmin maka Allah akan memberikan pahala kepadanya dengan pahala membebaskan seorang hamba, dan Ia akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.


Dikatakan (seseorang) berkata kepada Nabi SAW, Tetapi tidak setiap dari kita berkemampuan untuk berbuat demikian Nabi SAW menjawab Jauhkanlah dirimu dari api neraka, sekalipun hanya dengan sebutir kurma, jauhkanlah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.


Wahai manusia! Barang siapa dalam bulan ini memelihara perilaku yang baik maka Allah akan memudahkannya berjalan di atas sirat pada hari ketika kaki mudah tergelincir. Barang siapa pada bulan ini meringankan pekerjaan pelayannya maka Allah akan memudahkan perhitungannya, dan barang siapa mengekang perbuatan buruknya dalam bulan ini maka Allah akan menyelamatkannya dari kemarahanNya pada Hari Pengadilan. Barang siapa memutus tali kekeluargaan di dalamnya maka Allah akan memutus rahmatNya pada Hari Pengadilan. Barang siapa mendirikan solat sunat di dalamnya maka Allah akan menyelamatkannya dari api neraka, dan barang siapa melakukan solat yang wajib dalam bulan ini maka pahalanya seperti tujuh puluh kali pahala solat wajib dalam bulan-bulan yang lain. Barang siapa yang memperbanyakkan membaca selawat ke atas diri saya dalam bulan ini maka Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya pada hari di mana timbangan-timbangan menjadi ringan. Barang siapa dalam bulan ini membaca sepotong ayat Qur'an maka pahalanya seperti pahala mengkhatamkan Qur'an di bulan lain.


Wahai manusia! Pintu-pintu syurga tetap terbuka dalam bulan ini. Berdoalah kepada Rabbmu (Tuhanmu) agar Ia tidak menutupnya bagimu. Pintu-pintu neraka telah tertutup, berdoalah kepada Rabbmu agar Ia tidak dibukanya bagimu. Syaitan-syaitan telah terbelenggu, berdoalah kepada Rabbmu agar tidak membiarkan mereka menguasaimu.


Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib AS berkata Saya bertanya,Ya Rasulullah, apakah amal yang terbaik dalam bulan ini?. Beliau menjawab, Wahai Abul Hasan, amal yang afdal (terbaik) dalam bulan ini ialah menjauhi dari apa yang diharamkan Allah."

Selamat menunaikan ibadah puasa dan meraih keampunan-Nya.mudah2an kita semua tergolong dalam golongan yang beruntung dan mendapar rahmat Allah Taala.

sekian, wassalam warahmatullah wabarakatuh.


sumber: komuniti bukukita.


Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Kareem~

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Selangkah dinanti akhirnya hadir jua Ramadhan kareem walaupun tak sama di rata-rata tempat ummat islam meraih bulan rahmat ini.Alhamdulillah...

Seronok dapat kad dari kakak&abang specially from baby Afif!
Semoga Rahmat dan keberkatan-Nya sentiasa mengiringi amal ibadah kita di bulan mulia ini.
insyaAllah~
SELAMAT BERPUASA BUAT MUSLIMIN MUSLIMAT DISELURUH DUNIA TERUTAMANYA PADA MAK AYAH DAN KELUARGA TERCINTA...

~Salam Ramadhan Kareem~

Sunday, August 31, 2008

National Day...


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, genap 51 tahun tanah setengah melayu kita (sekarang) mencapai kemerdekaan.
sure di malaysia malam tadi berbakul2 bunga api melayang, cuba gapai awan di langit tinggi.walau tiada disana tapi dapat dirasakan kemeriahannya yang dirai masyarakat yang pelbagai golongan.

Sendirian, lagi berfikir.Merdekakah kita pada hakikatnya?sejauh mana penghayatan erti kemerdekaan yang kita sedia maklum hanya kedengaran laungan kemegahannya hanya di bulan Ogos setiap tahun?!
Cuba merenung.Sejenak mengulas rasa mahu bebas tanpa ikatan yang melemaskan diri ditengah perjalanan hidup.Merdeka! Dengan kemegahan yang Malaysia miliki dijantung bumi sekarang ana menaruh keyakinan Tanah Malaysia tidak akan dijajah seperti dulu lagi.Tapi, bagaimana pula MELAYU?sekarang?WAllahua3lam~~sendiri ma3aruf-fikir-usaha~~

SeMoga kemerdekaan kali ini terus kekal hinga ke akhir kehidupan~~
Paling penting, merdekakan iman dari salutan dosa maksiat dan khianat anggota diri dalam imarah nafsu hasutan syaitan!Walau sekelumit, pasti jua dihisab...Tidak di dunia, di akhirat sana~Na3uzubillah min zalik(Astaghfillullah al a3zim, selamatkanlah iman kami ya Rabb).

*****
- antara Tetamu yang hadir-


Macam meriah.
sambutan kemerdekaan ke-51 yang berlangsung di residen Malaysia di Maghribi turut diserikan oleh para pengunjung yang pelbagai bangsa dan negara. Selain merayakan kemerdekaan negara, motif kami pada adalah untuk memperkenalkan kepelbagaian masakan tradisional yang ada di tanah air.
Menu-menunya:

+ Nasi goreng cina (tp melayu yg buat)
+ Mee Goreng
+ Rojak
+ Cucur udang
+ Cucur badak
+ Karipap
+ Kuih lapis
+ Popia
+ Daging kambing bakar
+ Buah-buahan

-Rojak-



-Cucur udang-

Satu-satunya menu ana kali ini adalah cucur udang yang mana difahamkan kebanyakkan tetamu, hatta maliziyen menyukainya.Alhamdulillah, ana saluti syukur.walau pada mulanya ada kecacatan dan dikomen oleh chef yang bertauliah di bumi maghribi ini.cuak jadinya.kaku untuk teruskan...terima kasih atas komen kritikan yang membina.terima kasih juga kepada yang tolong menggoreng dan tak lupa yang melarishabiskan cucur masin (sebelum diubatilah).

Alhamdulillah, penerimaan yang positif dari para tetamu akan menu-menu yang tersedia ada.satu kepuasan diraih bila dapat mengembirakan hati tetamu yang hadir.moga tiada lain yang diperoleh selain kebaikan dari hasil kerja dan keraian ini.walau apapun yang dilaksanakan, langsung jangan dilupa hadaf perlulah berawalkan kerana Allah.(Doa; moga tiada kemungkaran dari-Nya.Allahumma Amin~)

-ketupat anyam berisi coklat-
(souvenir)


-tentang Malaysia-

Dalam pada itu juga Allah campakkan satu jalan untuk terus diukir ceria.lagi ana bertambah syukur.Ya, ana ingin ceriakan diri untuk mereka juga selain untuk diri sendiri(terima kasih adik2 akak!).InsyaAllah, boleh!Kena sabar sikit je.

*****

Rentetan kemerdekaan yang dijulangi rata-rata rakyat malaysia, hadir bersamanya Ramadhan Mubarak.Subhanallah.bukan yang kian dinanti saban waktu akhirnya bakal hadir.pasti kusambut dengan penuh syukur.persiapkan diri untuk mengubati kerinduan padanya.moga ada perbaikan pada kali ini yang mana lebih baik dari tahun2 lepas.

Ahlan ya Ramadhan~

sekian, wassalam.

Tuesday, August 5, 2008

Cuba ingin Tenang

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, akhirnya ada satu keputusan untukku tegakkan.Lepas ni taknak fikir banyak dah.Ingin serahkan segala hanya pada percaturan Allah.Dia maha tahu segala yang baik dan terbaik hamba-Nya.Pergi ke safarah,selesaikan apa yang perlu.Dimarain guek.Ndak apa2.Adakalanya perlu begitu.

Sengaja mencari jalan untuk jaulah.selain dari mencari ilham, ingin sekali merehatkan minda dari masalah.Kata orang lari dari masalah bukan jalan penyelesaian tapi aku tahu keperluan diri.Sememangnya perlukan kerehatan jiwa raga (kalah la saintis gitu.PM pun tak berani buat camni).

+ Beresin apa yang patut sebelum tinggalkan wilayah tercinta.
+ bikin nota penting.
+ pastinya tak lupa sisipkan keperluan dan call my family!(pejam celik rupanya dah sbln x call mak ayah, patut la risau kat puteri intan payung mereka nih) maaf mak,ayah n kakak serta family coz buat antum risau.susun maaf diperhulur.moga musafir ini ada sinaran untuk gilap kembali karat hati dan dilindungi Allah.Allahumma amin.

Dalam setiap ungkapan kata perlu dihiasi doa~
Moga buatkan kita tak lupa kerdilnya kita yang perlu sentiasa meminta hanya pada Dia.

Sunday, August 3, 2008

SaBar MeNanti~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, tadi pergi hantar 4 sahabat yang berangkat pulang ke tanah air selepas tamat pengajian kami di maghribi.

Penat berbaki, demam membalut diri namun ku tetap gagahi.dek kepenatan, aku ke mator biqitariah ba3da subh.Alhamdulillah, sempat dan mereka masih di kaunter check in barang.Allah permudahkan urusan mereka, sekali lagi syukur.walau sedikit lambat disebabkan tersalah check in.

kepada seorang sahabat, banyakkan sabar menghadapi seloka dunia yg pelbagai rencah.cuba untuk yang terbaik dan pastinya bukan sahaja untuk diri bahkan untuk sahabat handai dan semua insan disekeliling kita kerana itulah hukum bermasyarakat.bissihah warrohah alaikum!

taknak la sedih, sebab aku pun akan balik juga...tp bila?hurm.
Sabar menanti~insyaAllah, pertolongan Allah sentiasa dekat dengan hamba-Nya yang tabah diuji.gambate!taknak mengalah.
"Allah yusahhili bisihhatik".-(moga-moga)-
Ada jalan untuk baik~
insyaAllah.

sekian, wassalam.

Thursday, July 31, 2008

Last Day In the House

Hampir 3 tahun bertapak di teratak indah yg kami namakan dengan Villa Salsabiela.Hari ni berangkut keluar,tutup rumah.rasa berbaur; sedih, sayu, gembira, penat.semua ada melekat dibenak hati.

Apapun Alhamdulillah, ini buktinya yang kehidupan kita bukan saja berpaksi disini.perjuangan masih jauh dan perlu digarispandukan dengan jajahan ilmu didada.
InsyaAllah.jom sahabat2, kita buktikan kebergunaan kita pada masyarakat yang sedang menanti mujahid/ah pembela ilmu dan agama-Nya.

Moga ini bukanlah yang terakhir~~
Amin ya Rabbal a3lamin.

Wednesday, July 30, 2008

Adakala,...

"Adakala kita perlu menangis agar kita sedar bahawa hidup bukan untuk berhibur dan ketawa"